Assalamualaikum. Alhamdulillah, sudah masuk 14 Ramadhan.Sungguh cepat masa berlalu kan? Lebih kurang separuh lagi perjalanan kita di bulan Ramadan ini.
Ramadan ada satu peluang keemasan bagi huda, sebagai seorang ibu dan isteri dalam mengumpul pahala dalam menyediakan juadah bersahur dan berbuka.
KEPENTINGAN BERSAHUR
Bagi huda, tugas seorang isteri dan ibu, bab pemakanan antara aspek penting yang huda harus siapkan sebaik mungkin sepanjang Ramadan ini terutama sekali juadah bersahur. Waktu makan yang paling penting ketika Ramadan adalah bersahur.
Sabda Nabi SAW,
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
Maksudnya: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.”
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Begitu juga sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Hibban,
السَّحُوْرُ كُلُّهُ بَرَكَةٌ فَلاَ تَدَعُوْهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِيْنَ
Maksudnya: “(Makanan) Sahur itu seluruhnya adalah berkat, maka itu janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya mendoakan orang-orang yang bersahur.”
Melewatkan untuk bersahur
Dari Anas beliau meriwayatkan daripada Zaid bin Tsabit,
تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً
Maksudnya: “Kami dulu pernah makan sahur bersama Rasulullah SAW lalu baginda bangun untuk melakukan solat.” Aku -Anas- berkata, “Berapakah jarak antara azan (maksudnya iqamah) dengan makan sahur?” Zaid menjawab, “Dengan kadar waktu yang diperlukan untuk membaca lima puluh ayat.” (Riwayat Al Bukhari dalam Kitab as-Shiyam)
Hukum bersahur
Dari hadis-hadis yang lalu maka dapat disimpulkan di sini bahawa hukum bersahur adalah sunnah muakad berdasarkan tiga qarinah (bukti); pertama ialah perintah Nabi supaya bersahur, kedua bersahur membezakan puasa muslimin dan puasa ahli kitab, ketiga larangan Nabi SAW daripada meninggalkan sahur.
“Sahur itu makanan yang dipenuhi dengan keberkatan, maka janganlah sama sekali kalian meninggalkan ia.” (Riwayat Ibn Hibban)
“Sahur itu makanan yang dipenuhi dengan keberkatan, maka janganlah sama sekali kalian meninggalkan ia.” (Riwayat Ibn Hibban)
5 Tips Penting Untuk Diet Sihat Ketika Bersahur
1) Pastikan menu lengkap dengan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet semasa bersahur. Karbohidrat kompleks bekalkan sumber tenaga yang lebih perlahan dan lebih mengenyangkan.
2) Pastikan ada sumber protein dalam hidangan bersahur. Makanan berprotein seperti ayam, daging, ikan sangat mengenyangkan dan mengambil masa berjam untuk lalui proses penghadaman.
3) Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap dan masakan bergoreng boleh mempercepatkan dehyration dan akan buat kita cepat berasa dahaga. Jadi, huda harus minimakan penggunaan garam dalam menu bersahur.
4) . Elakkan minuman yang mengandungi kafein. Kafein dalam minuman seperti teh tarik, Nescafe, kopi, milo dan lain-lain bersifat diuretik (ia merangsang badan untuk buang air). Maka ia mempercepatkan dehydration semasa berpuasa.
5) Makan menu sahur yang tinggi dengan serat seperti Quaker Oat. Oat adalah sajian yang mengenyangkan kerana mengandungi 9.4g serat dalam setiap 100g dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum. Kandungan khasiatnya yang tinggi menjadikan ia lambat dicerna serta dapat membekalkan tenaga melalui pembebasan glukosa ke dalam salur darah.
Mesti ada sekali dua tu korang pun pernah terbangun lewat kan? Bangun terlewat untuk bersahur dan tidak mempunyai masa untuk memasak. Jadi huda sediakan minuman Quaker Oat untuk sahur kerana ia memberikan huda dan keluarga nutrien yang mencukupi dan membantu mengurangkan rasa lapar dalam tempoh yang lebih lama. Korang dah try ke minuman 3 in 1 Oat Green Tea ni? Sedap tau!
Oat dianggap sebagai ‘Super Grain’ yang turut membekalkan nutrisi yang penting untuk kesihatan. Quaker Oats mengekalkan khasiat asli oat dengan menggunakan bijirin penuh seperti bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.
RESEPI MENU BERSAHUR MENGGUNAKAN OAT
Tadi korang dah baca kan betapa bagusnya kita makan oat ketika bersahur. Bila mood rajin huda datang, huda akan cuba macam-macam resepi menu bersahur dengan menggunakan oat sebagai bahan. Jom huda kongsikan resepi mudah Burger Daging Oat yang sedap! Menu favourite suami dan anak-anak ketika bersahur.
RESEPI BURGER DAGING OAT
Bahan-Bahan seperti gambar di atas :-
- 400 gram daging hancur
- 1 cawan oat
- 1 biji bawang besar *
- 1 inch halia*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 biji telur
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh black pepper/white pepper
- 1 sudu besar mixed herbs
*diblender atau di tumbuk menggunakan lesung
Cara Masak
Campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan. Adun rata dengan sebati menggunakan spatula
Bentukkan bulat leper seperti daging burger. Masak selama beberapa minit dan siap di hidang bersama bun burger dan sayur salad, timun dan tomato.
Campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan. Adun rata dengan sebati menggunakan spatula
Bentukkan bulat leper seperti daging burger. Masak selama beberapa minit dan siap di hidang bersama bun burger dan sayur salad, timun dan tomato.
Mudah jer kan menu bersahur huda dengan menggunakan oat sebahagian daripada resepi. Jadi, jom
Ramadan ini, kita sama-sama bersahur dengan Quaker Oats yang dapat membantu membekalkan tenaga. Ada banyak lagi tau menu-menu best yang korang boleh cuba dengan menggunakan oat ni. Cubalah resipi-resipi sahur yang berkhasiat serta hidangan Raya oleh chef selebriti Malaysia, Anis Nabilah . KLIK >> BUKU RESEPI QUAKER OAT <<
Peminat boleh memenangi pas untuk sesi istimewa bersama chef selebriti Anis Nabilah dengan menyertai ‘Peraduan Resipi Oatsome bersama Quaker’! Korang hanya perlu membeli satu pek Quaker Multigrain Cereal 400g, ‘LIKE’ laman Facebook Quaker Malaysia, dan tuliskan komen mengapa Quaker Multigrain Cereal adalah bahan paling serasi dalam resipi biskut. Seramai 15 pemenang bertuah akan dipilih untuk menyertai bengkel masakan eksklusif dan Majlis Jamuan Teh bersama chef selebriti Anis Nabilah. 150 pemenang sagu hati pula akan menerima produk Quaker Oats bernilai RM50!
Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan oat serta promosi, acara dan resipi Ramadan/Raya terkini, layari www.facebook.com/QuakerMalaysia atau www.quaker.com.my.
Ok, sekian perkongsian huda hari ini. Selamat berpuasa. Semoga segala amal ibadat kita di terima Allah.
37 Comments
Family kak Nina memang hantu Oats. Nak cuba laaaa nanti.
kak nowa setiap sahur minum susu dgn kurma jer. x nak ambil berat2 coz pwpagi akan rasa senak perut kalau mkn berat.. so cukuplah dgn susu segelas atau air panas kopi teh o dgn kurma.. sikit2 jamah kuih oklah
nampak mudah pulak buat.
rajin dgn x je nk try goreng.
Aida biasanya minum gitu aje. Memang feveret ni time sahur. Mengenyangkan. Lega...
Lgpon oat ni bagus uyk diet yg sihat.
Boleh try nanti...
Anak2 mesti suka punya...
Thanks for sharing healthy recipe mcm ni