Mak mertua banyak kali dah pesan, nanti suruh huda yang try guna dulu. Jadinya, selepas beberapa bulan perap jer Air Fryer ni, akhirnya hari ni huda rasmikan dengan mengoreng ikan.
Air Fryer yang huda gunakan ni model MAF-B598 yang berkapasiti 2.4 L.
Design yang simple, bersaiz sederhana dan nampak modern memang cantik diletakkan di atas kabinet dapur.
Pelaras suhu berada di atas, dan pelaras masa berada di depan.
Sangat mudah dikendalikan dan memasak dengan sempurna.
Cubaan pertama huda masak ikan goreng yang bersalut kunyit, selama 15 minit dengan suhu 160 ℃ . Sebelum memasuk ikan ke dalam air fryer, huda ratakan satu sudu minyak masak di permukaan ikan supaya ikan tidak terlalu kering. Selepas 15 minit, huda balikkan ikan, dan masak lagi 5 minit dengan suhu 200℃.
Masalah biasa yang di hadapi jika mengoreng menggunakan Air Fryer ini adalah makanan menjadi kering. Maka, sebelum mengoreng , lepas minyak sedikit, lapisan nipis di permukaan makanan yang nak kita masak tu. Jika ada asap yang keluar, jangan risau, itu adalah normal jika mengoreng makanan yang mengandungi minyak.
Sekian perkongsian huda hari ni. Semoga ia memberi manfaat kepada semua orang yang merancang nak beli Air Fryer, yang dah ada Air Fryer rajin-rajin yer guna, jangan jdi perhiasan jer..hehe.
12 Comments
Website Designing Company in India