Resepi biskut coklat Famous Amos sukatan cawan. - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Resepi biskut coklat Famous Amos sukatan cawan.

Resepi biskut coklat Famous Amos sukatan cawan.

Share This

Alhamdulillah. Mood baking kembali "hangat" , jadi mulalah huda buat cookies. Huda memang suka makan cookies (baca kuih raya) bukan waktu raya. Lagi sedap rasanya berbanding waktu raya, sebab lambakan jenis kuih raya yang 1001 rasa tu. 

Cookies pertama yang huda buat adalah biskut kegemaran semua iaitu Cookies Famous Amos. 

Jom kita berkongsi resepi mudah untuk buat biskut ni, tanpa perlukan penimbang, hanya sukat dengan menggunakan cawan dan sudu sahaja. 

Resepi biskut coklat Famous Amos sukatan cawan. 


Bahan A
1 cawan gula perang ( boleh kurangkan jika tak suka manis) 
1/2 cawan gula castor
1 biji telur gred B
1 cawan butter 
1 cawan minyak jagung
2 sudu besar susu segar
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 sudu cuka.

Bahan B 

4 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
( Ayak ) 

Bahan C 
1 cawan kekacang ( almond atau walnut)
1 cawan coklat chip ( huda pilih yang dark chocolate) 

Cara - Cara

Adun bahan A hingga sebati menggunakan whisk 

Kemudian masuk bahan B yang sudah di ayak.
Kemudian masukkan bahan C. 
Adun sebati. 

Sedia di bakar mengikut kreativiti masing-masing. Suhu oven 160 darjah celcius. 

Satu adunan menghasilkan dalam 100pcs ++ saiz sederhana.

Selamat mencuba. Sorry gambar step by step takde, kebetulan buat ni memang saja-saja, ikut mood yang tiba-tiba bangun tidur nak makan cookies, dan terus buat. hehe.

9 comments:

  1. Replies
    1. cubalah. huda guna resepi ni untuk bisnes kuih raya taun ni. masyuk!

      Delete
  2. Bestnya kak huda pandai baking.. kin x reti. dah google pun still x sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka makan banyak, haruslah rajin baking. anak2 pun suka makan. nak jimat kena buat sendiri, hehe

      Delete
  3. Boleh tak kalau tak guna serbuk koko tapi guna coklat masakan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kot. hehe, tak pernah try plak ganti coklat masakan

      Delete
  4. dah pandai buat sendiri, tak perlu dahlah beli di kedai famous amos

    ReplyDelete
  5. senang pakai cawan bagi yang takde penimbang. cookies ala famous amos mmg ramai yang suka buat sbb sedapkan..

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages