Assalamualaikum.
Hari ni huda nak kongsi hotel pilihan huda untuk bercuti singkat 2 hari 1 malam di Johor Bahru.
Huda survey-survey di online. Nak cari hotel yang budget tapi best, bersih dan baru (demand kan? )
Huda pilih nak stay di hotel budget sebab fikir, hanya sekejap di hotel,banyak masa berjalan. Jimat kos penginapan, boleh lebihkan budget utk perkara lain kan..
Jika dah dinamakan rezeki, cepat atau lambat ia tetap datang. Begitu juga jodoh rezeki huda dapat stay di Vertilex Hotel. Sehari sebelum bercuti baru dapat confirmation dan dapat extra privellage utk early cek in.
Jom huda bawa korang jalan-jalan ke Hotel budget tapi kualiti 5 star di sini.
Lobby and waiting area.
Jom tengok bilik huda, bilik jenis Queen. Harga promosi huda dapat murah sangat RM68 jer tau. Deposit RM50 sahaja, lepas cek out dan pulangkan remote aircond dan TV, dapat semula deposit.
Suka dengan design moden dan yang penting bilik bersih , bilik air pun bersih, katil dan towel pun wangi. Tak pernah lagi dok hotel budget ada hair-dryer. bagus betul hotel Vertilex ni. Bilik yang sangat selesa dan sangat puas hati.
Jom huda bawa korang jalan-jalan tengok apa lagi kemudahan yang ada di sini.
Huda puas hati dengan semua kemudahan yang ada di sini. Lokasi yang strategik yang sangat dekat dengan IKEA dan AEON tebrau city memang menjadi pilihan utama huda.
Huda habiskan 1 hari berjalan di dua tarikan di Tebrau City ni sahaja.
Next day, urusan cek out pun mudah. Staff yang friendly dan baik
Lepas cek out huda terus bergerak ke Legoland yang jaraknya hanya dalam 30minit dari hotel Vertilex.
Korang yang nak bercuti ke Johor Bahru tapi budget2 tu huda rekemen stay di sini. Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi :-
☎ +6 07 - 3616 284
✆ +6 010 - 2288 835
Ok, nantikan next artikel >> Family Day KBBA9 di Legoland Malaysia <<
Post a Comment