Kembara KBBA9 Ke Peladang Setiu Agro Resort - Part 4
Assalamualaikum. Hari ini huda nak kongsi tentang aktiviti di hari ke tiga, iaitu hari terakhir Kembara KBBA9 ke Peladang Setiu Agro Resort.
Ok, next point untuk water confident ni adalah terjun dalam tasik. Huhu, huda tak cukup kuat nak lawan perasan time ni, jadinya tengok jer la dari atas. hehe..
Ok selesai water confident, kami semua naik kayak, pusing-pusing tasik di Peladang Setiu Agro Resort. Best rupanya berkayak ni. sedap jer muka kena angin dan tengok alam semula jadi.
Selepas selesai aktiviti berkayak, sebelum berpisah dengan jurulatih kami ( En. Naqib dan En.Wafi ) dan semua bergambar di tepi tasik untuk kenangan.
Kembali ke chalet masing-masing dan bersedia untuk check-out dari Peladang Setiu Agro Resort. Huda bawa 1 beg galas ni jer, dah biasa travel, so dah expert kot nak minimakan barang nak bawa untuk travel 3 hari 2 malam di Peladang Setiu Agro Resort, jadi nak mengemas pun cepat dan mudah.
Last but not least, group photo bersama En.Sanusi, Pengurus Besar Peladang Setiu Agro Resort.
Ok, bye-bye semua geng Kembara KBBA9, majoriti pulang ke Kuala Lumpur, ada sorang ke Kelantan, sorang ke Kuantan, sorang ke Dungun, dan huda balik paling dekat Kuala Terengganu jer.
Terima kasih yang tak terhingga kepada Peladang Setiu Agro Resort atas layanan terbaik untuk kami semua sepanjang 3 Hari 2 Malam Kembara KBBA9 Ke Peladang Setiu Agro Resort.
“Challenges are what make life interesting and
overcoming them is what makes life meaningful.”
Baca :
Kembara KBBA9 Ke Peladang Setiu Agro Resort - Part 1
Kembara KBBA9 Ke Peladang Setiu Agro Resort - Part 2
Kembara KBBA9 Ke Peladang Setiu Agro Resort - Part 3
Post a Comment