Assalamualaikum. Sekarang cuaca agak panas kan? Jadi tekak ni, waktu petang mesti nak minum ABC atau cendol. Korang yang berada di Kuala Terengganu atau yang bercuti di Kuala Terengganu, jangan lupa singgah ke Cafe Pozi. Huda suka betul dengan tagline Cafe Pozi ni "Makan dengan Gembira.
Jom sejukkan tekak dengan ABC Coklat yang special ni. First time rasa ABC Coklat, memang sedap, kena dengan selera huda yang suka sangat makan coklat.
Tengok ABC Special ni pun cam best, favourite encik suami.
Tak cukup dengan ABC tadi, huda try cendol special ni pula. Sedap sangat, pulut warna merah tu pun lembut jer, blend serasi dengan cendol dan ice-cream .
Ok, next menu, huda try keropok lekor yang dijual di Cafe Pozi ni.
Huda try 3 jenis iaitu Keropok lekor rebus, kerepok lekor jejari cheese dan keropok leko cheese Nandos dan Mozarella.
Sedap betul keropok lekor cheese di disini, lepas try sekali, memang nak makan berkali-kali.
Untuk korang yang rasa nak makan "heavy" sikit waktu petang, boleh try 2 menu best di sini iaitu :
1) Laksa Penang
2) Mee Sup Campur ( ada daging dan ayam)
Untuk korang yang travel bercuti di Kuala Terengganu tu, jangan lupa tapau bawa balik Vacuum pack keropok lekor yang turut di jual di Cafe Pozi ni.
Nak tau kat mana lokasi Cafe Pozi yang huda pergi ni?
Boleh rujuk google map di bawah.
Trademark paling mudah, dekat dengan UMT, dan berdepan dengan PGA Kubang Badak.
Trademark paling mudah, dekat dengan UMT, dan berdepan dengan PGA Kubang Badak.
Untuk maklumat lanjut korang follow
FB : Keropok Lekor Pozi -Ori Terengganu
Instagram : Keropok Lekor Pozi
Okay, sekian perkongsian tempat makan best di Kuala Terengganu, InshaAllah nanti huda akan kongsikan tempat makan best yang lain di Kuala Terengganu.
Instagram : Keropok Lekor Pozi
Okay, sekian perkongsian tempat makan best di Kuala Terengganu, InshaAllah nanti huda akan kongsikan tempat makan best yang lain di Kuala Terengganu.
7 Comments