Cabaran JK1M10 Berakhir - Cabaran Kurus yang sebenar Bermula!


Assalamualaikum semua pembaca ceritahuda.com. Alhamdulilah, Allah hadiahkan hari yang indah dengan tubuh badan yang sihat dan "kurus". Yup, huda memang happy sekarang sebab rasa badan dah kurus jika dibanding kan tahun lepas. Satu pencapaian yang membanggakan sebab bertahun azam nak kurus tapi sering kali tewas sebab iman tak kuat dan tiada ilmu nak kuruskan berat badan dengan efektif. 

Alhamdulillah, rezeki kolaborasi antara Kelab Blogger Ben  Ashaari dan Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia #10 ini memberi ruang dan peluang untuk huda capai target yang diimpikan iaitu nak kurus!

Sepanjang 6 minggu yang lepas, huda berjaya completekan semua task yang diberikan oleh coach JK1M10 di Kuala Terengganu ( Coach Dr Fadzlan) 

Hasilnya....

Alhamdulillah, nampak la jugak beza dari segi fizikal. 




Namun huda masih belum boleh menarik nafas lega lagi, berat masih belum ideal, ada lagi 3 kg huda kena kurangkan. Walau saiz pinggang dah berkurang, namun masih belum puas hati. 

Maka huda masih lagi mencabar diri sendiri. Cabaran tanpa pantauan coach pastinya lebih mencabar dan sukar. Lagi-lagi sekarang rezeki food review dan hotel review bersilih ganti datang mewarnai dunia blogging huda. 

Maka, DISIPLIN sangat penting. Gabungan ilmu dan disiplin , inshaAllah huda pasti BOLEH!!
Syukur, huda berjumpa dengan coach yang berilmu dan berkongsi satu sistem yang 100% terbukti berkesan. 

Nak tahu huda boleh weight loss dan fat loss macamana? 
Baca ni >>  Pesanan Padu Coach <<

Sebelum berpisah dengan coach dan kawan-kawan team JK1M10 Kuala Terengganu, coach ada ingatkan kami semua supaya betulkan niat nak kurus. Bila niat yang betul pasti Allah mudahkan. 
Dan jangan sia-siakan nikmat sihat hari ini dengan makan ikut nafsu. 

Sesungguhnya Rasulllah SAW bersabda: 

" Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala perubatan." 
(Riwayat Ad-Dailani) 


Allah juga ingatkan kita semua di dalam Al-Quran ( Surah Al-Araf : 31) 

" Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." 

Perkara paling best huda dapat dari JK1M10 ini adalah huda berjaya didik nafsu bab makan ni. Huda ni memang suka sangat makan. Sekarang huda lebih bijak susun atur meal plan huda. Walau nampak posting di media sosial huda review makan sana sini, tapi huda masih jaga kuantiti yang huda makan. Dan biasakan diri berpuasa setiap hari (Intermittent Fasting) dan lazim kan diri puasa sunat isnin khamis.

Selain huda berjaya didik nafsu makan, huda juga berjaya jinakkan emosi yang selalu stress. 
Apa kaitan kawal stress dengan misi nak kuruskan badan ni? 



Sekarang ni, bila ada benda yang buat huda stress, cepat-cepat cool down dengan amik wuduk, solat, istigfar dan buat apa sahaja yang boleh buang stress tu jauh-jauh. 

Setiap perjalanan kita dalam mencapai sesuatu yang kita idamkan, pasti ada cabaran. Sama ada kita berjaya atau tidak bergantung kepada usaha, disiplin dan komitment. Yakinlah, nak kurus ni sebenarnya mudah bila kita gunakan sistem yang betul dan kesedaran tentang isu kesihatan diri kita sendiri. 

Akhir kata..... jangan biarkan berat badan kita menjadi beban kepada orang lain ketika mengangkat jenazah kita suatu hari nanti... Renung-renungkan. 

Post a Comment

2 Comments

Izyan Balqis said…
perghhh, nampak la beza huda, sape cakap xde beza, tahniah!!
Huda Halid said…
Tq izyan. Alhamdulilah, beza la jugak.. jom kita sama2 kurus dan sihat. JK1M10 memang terbaik!