Bercuti di The Regency Waterfront, Kuala Terengganu

Assalamualaikum. Hari ini huda nak kongsi pengalaman bercuti bersama keluarga di The Regency Waterfront Kuala Terengganu. 



Hotel di terletak di kawasan yang sangat strategik kerana sangat dekat dengan tarikan utama di Kuala Terengganu ni iaitu masjid Terapung, dan juga  Taman Awam Lagun Kuala Ibai dan TER( Terengganu Equestrian Resort)





Gambaran luar hotel memang "wah". Terletak di tepi tasik, sejuk jer mata memandang kan?




Jom huda bawa korang jalan-jalan dalam hotel pula, tengok best ke tak yer bilik di The Regency Waterfront ni. Rezeki huda dapat bilik Deluxe King Seaview.





Serius puas hati dengan bilik yang luas dan permandangan yang cantik.
Tahap kebersihan bilik dan bilik mandi pun terbaik. 



Anak-anak huda ni lepas check in hotel, sekejap jer la diorang boleh dok diam. Lepas tu mula la ajak pergi sana..pergi sini. 

Jom huda kongsikan 10  aktiviti menarik yang boleh korang boleh lakukan sepanjang bercuti di The Regency Waterfront,Kuala Terengganu.

1) Cycling sekitar hotel dengan Obike 

2) Swimming bersama anak-anak di Sports Complex TER

3) Bermain boling, badminton dan ping pong di Sports Complex TER

4) Menaiki Motor Elektrik 

5) Menikmati keindahan sunrise di awal pagi

6) Jogging di Taman Awam Lagun Kuala Ibai

7) Membawa anak bermain di Taman Permainan di Taman Awam Lagun Kuala Ibai 

8) Beri ikan makan di tasik bersama anak-anak

9) Solat berjemaah di Masjid Terapung,Kuala Terengganu.

10)  Melihat orang bermain Polo dan  menunggang kuda di Terengganu Equesterian Resort




Bila penat bermain bersama anak-anak, mereka mula la meragam sebab lapar. Jadi jom makan di Coffee Waterfront.

Restoren di hotel The Regency Waterfront ni unik sebab terapung di tasik. Jadi view di sini sangat cantik. Dan restoren ini terbuka untuk orang awam juga. 

Jom tengok juadah makanan huda sekeluarga sepanjang berada di sini. 




Percutian singkat kami sekeluarga disini sangat bermakna, layanan terbaik dari staff yang mesra dan cekap membuat kami sangat selesa sepanjang percutian di sini. 

Hotel ini juga "muslim-friendly" sebab setiap bilik ada sejadah, dan setiap kali masuk waktu solat , azan akan berkumandang di dalam hotel diikuti dengan bacaan Al-quran. Memang tenang jer bercuti di sini. Bercuti dan tak lupa kewajipan harian kita sebagai umat islam. Nak lagi best, pergi bawa satu family solat berjemaah di Masjjid terapung yang terletak berhampiran dengan hotel.

Huda sarankan untuk korang yang nak bercuti dan bersantai dengan suasana yang tenang boleh la datang ke sini.



Pasti korang puas hati macam kami sekeluarga. InshaAllah ada rezeki kami pasti datang ke sini lagi.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan :

The Regency Waterfront Hotel
Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Malaysia
Tel: +6 09 617 8866
Fax: +6 09 617 8861
Email: centralsales@theregencyhotel.my

Layari : https://theregencyhotel.my/theregencywaterfront 

Post a Comment

25 Comments

adianiez AIDA said…
aida tak pernah stay sini lagi.
da lama jugak tak holiday d terengganu, huda. last dulu aida kursus aje.
dok kat hotel tepi sungai, btg mancis dipanggil nya.
terengganu best. makan murah. aneka makanan.
kepok lekor jgn ckp la, sedap!
this year maybe tak. 2019 in shaa Allah nak plan ke terengganu la.
Kak Mahh said…
Lama sangat akak nak tinjau negeri Trengganu. Sekarang Makin lawan Dan banyak tarikan di Trengganu.
Suria Amanda said…
SA lagi la x pernah holiday sampai ke Terengganu..kalau sampai pun area Kemaman atas urusan kerja..holiday jauh sekali...nampak menarik je..suka trengganu sebab mewah dengan makanan yang murah2
cindyrina said…
Lama saya tak pergi Terengganu. Last pergi like 20 years back. huhuhuh lama tu. Cantik tempat ni. I kalau nak pergi sana mau try la tinggal sini. Best gak ye...
Wawa Ashihara said…
Tak pernah sampaj terengganu lagi .kecuali masa kecik.. Tp tak ingat dah pegi mana sbb kcik lagi.. Hahaha.. Bestnya tgk pemandangan dia.. Teringin nk gi sana.. Boleh la nk survey regenxy waterfront ni ... Mana tau ada nk ke ganu ke kan..hehe
Hasif Hamsyari said…
wahhh seronoknya bercuti! bilik dia nampak luas sangat! sesuai untuk bawa seisi keluarga bercuti. saya teringin juga nak berjalan2 di area Kuala Terengganu tapi belum berkesempatan lagi. Hopefully nanti bolehlah menginap di sini kalau ada rezeki ke sana. hihi
Alia Farhan said…
View tu mhal sangat tu...
Bilik pun luas dan selesa sgt2
ai said…
Seronok ye huda jalan-jalan dengan family. ai tak pernah lagi sampai kuala terengganu. view Regency hotel ni cantik.. teringin nak singgah.
Absolute Yana said…
wow...besides for relaxing there's like a lot of activities for the family...i am liking this place very much already... ^^
Zharif Azis said…
Wahhh spacious sungguh ruang bilik dia. Banyak pulak tu aktiviti yg boleh dilakukan di sini. Sesuai utk mereka yg berkeluarga utk berhujung minggu
Wahh nampak best dan selesa sangat.. makanan pon nampak sedap..
mrsliez said…
Byk jugak activities kat sana. Mmg sesuai klau yg ada anak2 kecil.mmg luas biliknya.. next ke terengganu boleh la.stay dkt regency waterfront ni
Lia Hasty said…
Lamanya tak singgah Ganu ni. Bilik hotel ni besar dah berbaloi jika bawa sekeluarga bersama. Kemudahan yang disediakan pihak hotel pulak memang bagus dan memudahkan pengunjung yang datang sini
mas saari said…
Akak memang ada plan nak pi Terengganu ni, boleh menginap kat Regency.
Maya said…
Menarik juga The Regency Waterfront ni. Sesuai untuk aktiviti beriadah keluarga. Suka betul sebab ia juga muslim friendly. Senang nak beribadah
Ruby said…
Wah seronoknya bercuti. Tak naik kuda tu kak? Hehe. Saya pernah pergi sekali je. Hahahaha. Masa bujang dulu ikut FAM trip. Ingat nanti nak pergi bawa anak-anak. Kuda do situ nampak sihat dan gagah. Rasa macam ahli sukan plak bila menunggang kuda di sana.
Bestnya makan sambil mengadap view cantik camtu
JMR said…
Bestnya hotel ni. Bilik pun besar. Even kampung kami di Terengganu, tapi dah lama tak singgah di Kuala Terengganu ni. pergi pasar payang tak?
YingYin said…
The room looks really spacious and luxury. Would love to visit it the next time I go there for vacation. Nice video 👍🏻
Tengkubutang said…
selesanya tengok bilik dia.. luas.. pastu ada pemandangan cantik plak tu kalau time makan .. alahai.. syoknya.. tapi TB tak pernah ke sana.. hemm.. memang tak kan kesana kot.. sebab takde sebaba dan takde sape nak bawak kan.. huhu.. sedih kan.. haaha
dr-Life said…
Best-nyer... this hotel look clean and spacious ya. how I wish i could have been there by chance.. lolx.. need holiday!!

Racheal
Nina Mirza said…
Bestnya.... Suka tengok.view malam kat restoren dia tu. Tentu feeling romantik gitu
cre8tone said…
wow! bestnya dapat bercuti.. I pun terasa nak pergi stay there... ur photos all looks so amazing!
Sunshine Kelly said…
Wow best nyer! Dah lama I tak pergi ke kuala terengganu. The hotel room is so spacious and facilities juga tip top la.
sis gee said…
gee pun terpanggil panggil je nak check in sesekali nanti..banyak tu aktiviti boleh buat dengan anak-anak!