Assalamualaikum. Hari ini huda nak kongsi pengalaman bercuti bersama keluarga di The Regency Waterfront Kuala Terengganu.
Hotel di terletak di kawasan yang sangat strategik kerana sangat dekat dengan tarikan utama di Kuala Terengganu ni iaitu masjid Terapung, dan juga Taman Awam Lagun Kuala Ibai dan TER( Terengganu Equestrian Resort)
Gambaran luar hotel memang "wah". Terletak di tepi tasik, sejuk jer mata memandang kan?
Jom huda bawa korang jalan-jalan dalam hotel pula, tengok best ke tak yer bilik di The Regency Waterfront ni. Rezeki huda dapat bilik Deluxe King Seaview.
Serius puas hati dengan bilik yang luas dan permandangan yang cantik.
Tahap kebersihan bilik dan bilik mandi pun terbaik.
Anak-anak huda ni lepas check in hotel, sekejap jer la diorang boleh dok diam. Lepas tu mula la ajak pergi sana..pergi sini.
Jom huda kongsikan 10 aktiviti menarik yang boleh korang boleh lakukan sepanjang bercuti di The Regency Waterfront,Kuala Terengganu.
1) Cycling sekitar hotel dengan Obike
2) Swimming bersama anak-anak di Sports Complex TER
3) Bermain boling, badminton dan ping pong di Sports Complex TER
4) Menaiki Motor Elektrik
5) Menikmati keindahan sunrise di awal pagi
6) Jogging di Taman Awam Lagun Kuala Ibai
7) Membawa anak bermain di Taman Permainan di Taman Awam Lagun Kuala Ibai
8) Beri ikan makan di tasik bersama anak-anak
9) Solat berjemaah di Masjid Terapung,Kuala Terengganu.
10) Melihat orang bermain Polo dan menunggang kuda di Terengganu Equesterian Resort
Bila penat bermain bersama anak-anak, mereka mula la meragam sebab lapar. Jadi jom makan di Coffee Waterfront.
Restoren di hotel The Regency Waterfront ni unik sebab terapung di tasik. Jadi view di sini sangat cantik. Dan restoren ini terbuka untuk orang awam juga.
Jom tengok juadah makanan huda sekeluarga sepanjang berada di sini.
Percutian singkat kami sekeluarga disini sangat bermakna, layanan terbaik dari staff yang mesra dan cekap membuat kami sangat selesa sepanjang percutian di sini.
Hotel ini juga "muslim-friendly" sebab setiap bilik ada sejadah, dan setiap kali masuk waktu solat , azan akan berkumandang di dalam hotel diikuti dengan bacaan Al-quran. Memang tenang jer bercuti di sini. Bercuti dan tak lupa kewajipan harian kita sebagai umat islam. Nak lagi best, pergi bawa satu family solat berjemaah di Masjjid terapung yang terletak berhampiran dengan hotel.
Huda sarankan untuk korang yang nak bercuti dan bersantai dengan suasana yang tenang boleh la datang ke sini.
Pasti korang puas hati macam kami sekeluarga. InshaAllah ada rezeki kami pasti datang ke sini lagi.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan :
The Regency Waterfront Hotel
Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Malaysia
Tel: +6 09 617 8866
Fax: +6 09 617 8861
Email: centralsales@theregencyhotel.my
aida tak pernah stay sini lagi. da lama jugak tak holiday d terengganu, huda. last dulu aida kursus aje. dok kat hotel tepi sungai, btg mancis dipanggil nya. terengganu best. makan murah. aneka makanan. kepok lekor jgn ckp la, sedap! this year maybe tak. 2019 in shaa Allah nak plan ke terengganu la.
SA lagi la x pernah holiday sampai ke Terengganu..kalau sampai pun area Kemaman atas urusan kerja..holiday jauh sekali...nampak menarik je..suka trengganu sebab mewah dengan makanan yang murah2
Lama saya tak pergi Terengganu. Last pergi like 20 years back. huhuhuh lama tu. Cantik tempat ni. I kalau nak pergi sana mau try la tinggal sini. Best gak ye...
Tak pernah sampaj terengganu lagi .kecuali masa kecik.. Tp tak ingat dah pegi mana sbb kcik lagi.. Hahaha.. Bestnya tgk pemandangan dia.. Teringin nk gi sana.. Boleh la nk survey regenxy waterfront ni ... Mana tau ada nk ke ganu ke kan..hehe
wahhh seronoknya bercuti! bilik dia nampak luas sangat! sesuai untuk bawa seisi keluarga bercuti. saya teringin juga nak berjalan2 di area Kuala Terengganu tapi belum berkesempatan lagi. Hopefully nanti bolehlah menginap di sini kalau ada rezeki ke sana. hihi
Lamanya tak singgah Ganu ni. Bilik hotel ni besar dah berbaloi jika bawa sekeluarga bersama. Kemudahan yang disediakan pihak hotel pulak memang bagus dan memudahkan pengunjung yang datang sini
Wah seronoknya bercuti. Tak naik kuda tu kak? Hehe. Saya pernah pergi sekali je. Hahahaha. Masa bujang dulu ikut FAM trip. Ingat nanti nak pergi bawa anak-anak. Kuda do situ nampak sihat dan gagah. Rasa macam ahli sukan plak bila menunggang kuda di sana.
selesanya tengok bilik dia.. luas.. pastu ada pemandangan cantik plak tu kalau time makan .. alahai.. syoknya.. tapi TB tak pernah ke sana.. hemm.. memang tak kan kesana kot.. sebab takde sebaba dan takde sape nak bawak kan.. huhu.. sedih kan.. haaha
Post a Comment