Pesanan Padu Coach Yang Perlu Ingat Sepanjang Hidup


Assalamualaikum. Salam pagi Selasa yang indah.
Dulu setiap pagi, huda mesti fikir nak masak apa, nak makan apa. Ish..ish.. bangun-bangun  tidur dah fikir pasal makan kan? Dah namanya mama dan isteri, memang rasa tanggungjawab nak penuhkan perut seisi keluarga.

Orang kata makan itu nikmat dunia. Betul ke? Rasanya semua orang setuju. sebab tu ada yang sanggup travel ke sana sini demi penuhi "craving".

Hujung minggu lepas, huda ada sesi pembelajaran dengan coach JK1M10 Kuala Terengganu, iaitu Coach Dr Hj Fadzlan. Lepas balik ada pesanan pada yang kerap berlegar di minda huda. Huda rasa wajib tulis kat blog ni, sebab pesanan coach tadi memang terkesan di jiwa.

Jika ramai cakap...ala makan jer, makan kan nikmat dunia.

Tapi coach pesan, nikmat dunia yang sebenar adalah SIHAT, kemudian dengan badan yang sihat kita dapat solat dengan sempurna.

Huda sering kali terkandas dengan nafsu makan, dengan alasan makan itu nikmat dunia, makan jer lah. Esok-esok diet. Lepas tu stress perut buncit, berat 60kg++.  | >_< |

Sebenarnya, makan banyak tu dorongan nafsu semata-mata. Syaitan memang suka hasut manusia dengan godaan " makan itu nikmat dunia" , maka kita terus kecundang. Bila makanan sedap, makan tak ingat dunia, lepas tu kekenyangan, timbul rasa malas dan paling teruk kita lewat-lewatkan solat. Bab membazir jangan cakap lah, konfem ada kan?

Coach ada juga sentuh tentang tabiat makan banyak ni adalah sifat mazmumah yang paling teratas... Ya Allah, teruknya. Hanya kerana kita enjoy nikmat dunia ini, kita tanpa sedar miliki sifat mazmumah (sifat tercela)

" Imam Ghazali menggariskan sifat mazmumah ( tercela ) kepada beberapa bahagian:

1- GEMAR MAKAN DAN MINUM
Sesiapa yang kekeyangan akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat .

2- BANYAK BERKATA-KATA 
Bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar.

3- MARAH 
 Berpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan . Ia juga didorong oleh pengaruh syaitan .

4- HASAD,DENGKI DAN IRI HATI 
Lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain.

5- KASIH PADA HARTA 
 Tiada salah memiliki kemewahan tetapi jika bersifat bakhil, tamak, dan membazir itulah yang dibenci islam .

6- TAKBUR 
 Antara sebab takbur ialah keturunan (tinggi), kekuasaan, kecantikan, kekayaan, kepandaian, pengaruh dan kuat beribadah ( menunjuk-nunjuk) .

7- RIYAK 
Sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik semata-mata ingin pujian, pangkat, dan kedudukan .

8- UJUB 
Sifat bangga diri dengan keistimewaan yang ada pada diri sendiri seperti kecantikan, kepandaian, kekayaan dan sebagainya .

9- KASIH AKAN DUNIA 
 Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan hati mati ."


Antara perkara best yang huda dapat dari JK1M10 ini huda berjaya kawal nafsu makan dengan ilmu. Bila huda dah tahu dan (huda wajib hafal nilai kalori makanan) ini, huda lebih berhati-hati ketika makan. 

Bukan huda tak makan langsung makanan yang sedap-sedap, tapi bila wujud kesedaran betapa tingginya kalori sesuatu makanan itu, huda hadkan pengambilan. Bersederhana dan ikut sunnah Nabi, makan sebelum kenyang.

Macam baru ini, teringin sangat nak makan KFC. Lepas kira kalori memang tinggi sangat kalorinya. Maka huda kurangkan separuh dengan kongsi-kongsi dengan encik suami. Mujur encik suami pun ada kesedaran nak kurus dan sihat. Yang penting craving nak makan KFC telur masin tu dah tercapai. hehe...

Selain huda belajar cara kawal nafsu makan dengan kesedaran tentang nilai kalori, ada satu lagi ilmu best tentang kaedah bakar lemak dengan mudah, secara semulajadi. 

Target join JK1M10 mestilah nak buang lemak yang degil dalam badan ni. ( sebenarnya lemak tak degil pun, yang degil diri sendiri, sebab asyik la makan makanan berlemak T_T).

Kaedah membuang lemak yang coach train untuk kami semua adalah dengan PUASA. Kaedah yang huda amalkan sekarang masuk minggu ke 3 ini adalah intermittent fasting. Korang boleh google kaedah intermittent fasting ni, berlambak di internet. 


Teringat minggu pertama coach suruh ikut meal plan dia dan suruh puasa 14 jam??? Dalam hati, huhu...mampukan aku tak makan selama 14 jam ni. Dah nama pun masuk cabaran jom kurus JK1M, haruslah sahut cabaran. Satu jer coach pesan ...

NAK 1000 DAYA, TAK NAK 1000 DALIH. 


So nak kurus dan buang lemak tak? tanya diri sendiri. hihi...



Perjuangan nak dapatkan berat badan ideal dan kurangkan visceral fat membuahkan hasil. Alhamdulillah penurunan berat badan dan ukur lilit pinggang pun kurang. Happy  \ ^_^ /

Jom kurus. Hadiahkan diri sendiri nikmat hidup yang sebenar iaitu SIHAT. InshaAllah target lepas dapat ideal weight ni, akan istiqamah control pemakanan. Huda tak nak biasakan diri redha dengan badan yang gemuk dengan alasan biasalah tu badan orang dah beranak pinak. Alasan konon sedapkan hati tu huda nak buang jauh-jauh. Huda nak bayangkan, umur 50 tahun badan masih fit dan boleh hiking lagi.. (tiba-tiba rindu giler nak hiking T_T)...


Post a Comment

7 Comments

Lynda Che Lah said…
Betul Huda. Nikmat dia adalah tubuh sihat. So jom makan dgn sihat
Izyan Balqis said…
semoga terus berjaya!
k.. insap terus baca nih.. hahahah.. ya allah kuatkan laaa dugaaaaan makan..
Hans Hanis said…
nice info
semoga sentiasa berjaya :)
Unknown said…
Bagusnya kalau kita berjaya kawal nafsu makan kan? dengan makan yang sihat baru lah badan sihat dan mudah nak mengerjakan ibadah
Saliza sachari said…
Nikmat sihat yang tak le ganti