Resepi Souffle Japanese Pancake/ Fluffy Japanese Pancake
Bahan A
1) 2 biji telur kuning
2) 1/4 cawan gula
3) 1/2 cawan susu segar
4) 3/4 cawan tepung pancake ( huda ganti dengan tepung gandum dan 1/4 sudu teh baking powder)
5) Vanilla ekstrak ( untuk hilang bau telur)
Bahan B
1) 4 biji telur putih
2) Pukul bahan B dengan hand mixer dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi tekstur "meringue"
3) Masukkan bahan B yang dah siap dipukul tadi ke dalam mangkuk bahan A, dan adun dengan menggunakan teknik kaup balik dengan menggunakan spatula ( Pastikan jangan terlebih adun, kerana ia akan merosakan tekstur dan kelembutan Souffle Japanase Pancake)
4) Bahan adunan yang sudah siap boleh di masak dengan menggunakan non-stick pan dan ring mould untuk dapatkan bentuk pancake yang cantik dan gebu
5) Masak dengan api sederhana kecil dalam masa 8-10 minit. Kemudian balik kan pancake untuk masak sekata.
6) Siap untuk dihidangkan bersama butter, dan madu atau maple syrup.
( Lagi sedap jika ada buah fresh macam strawberries dan blueberries)
Ini hasil tangan huda. Huda guna ring mould yang agak nipis, dan comot sikit. Ok lah tu, first try buat kan. Memang puas hati, dan suka sangat dengan Souffle Japanese Pancake ni sebab lembut, dan sedap. Hidangan sarapan pagi yang indah dan istimewa hasil tangan isteri untuk suami tersayang. Hehe, mujur suami huda suka sangat dengan resepi yang huda baru cuba ni. InshaAllah nanti huda buat lagi.
3 Comments