Jom layan video di bawah dan tengok apa yang best di Auntie Dell, Gong Badak Terengganu
Part yang paling huda suka dengan restoren Auntie Dell adalah MENU MASAKAN JOHOR!
Alhamdulillah kelmarin huda try 2 menu Johor memang jadi All-Time Favourite iaitu Mee Bandung dan Asam Pedas!
Serius huda memang berkenan dan rasa memang kena repeat dating sini lagi. Semua makanan di Auntie Dell memang sedap dan kena dengan selera huda.
The Arifs pun puas hati dapat makan steamboat ( diorang suka la main masak2 sambil makan). Harga yang di tawarkan pun turut berbaloi dengan pelbagai pilihan menu buffet stemboat dan grilled.
Huda memang suka makan Waffle. Jadi excited sangat bila dapat makan Belgian Waffle yang istimewa di Auntie Dell. Memang unik kan? Tak pernah lagi pergi makan steamboat ada desert waffle cam ni. Waffle di sini memang sedap, tak sama dengan waffle yang huda pernah makan sebelum ni ( mujur perut dah penuh sangat time makan desert ni, kalau tak mahu yer huda order lagi satu, hehe)
Selain itu, huda juga suka dengan dekorasi restoren Auntie Dell, memang cantik dan luas, tempat parking pun luas. Cantikkan dekorasi dinding di bawah ni? Memang excited The Arifs tengok, ada kereta, dinosaur dan macam-macam lagi. Adik hakim kata macam Toy Story. hehe..
Macamana nak datang ke Auntie Dell?
Follow jer map di bawah
Untuk info lanjut boleh follow media social Auntie Dell : -
Instagram : Auntie Dell
Facebook : Aunty Dell
16 Comments
Apapun dekorasi dinding nampak menarik dan seleksi makanan juga pelbagai.