Panduan Perancangan Menu Makanan Bayi dan Kanak-Kanak bawah umur 4 tahun
Peringkat Pertama- Dari lahir sehingga berusia 6 bulan
Menu utama : SUSU IBU. Bayi tidak memerlukan air masak atau susu tambahan (susu formula)
Namun, jika hadapi masalah pengeluaran susu ibu, bayi boleh diberi susu formula mengikut sukatan yang sepatutnya.
Peringkat Kedua - 6 bulan hingga berusia 8 bulan
Pengenalan kepada solid food kepada bayi bagi menampung keperluan tumbesaran bayi selain dari susu ibu.
Mulakan dengan memberi bayi makan dalam kuantiti kecil iaitu 1/4 sudu teh - 1/2 sudu teh setiap kali.
Seminggu pertama mulakan dengan makanan yang dikisar halus, kemudian diikuti makanan yang dipuri, kemudian makanan di lecek dan separa pejal.
ELAKKAN GARAM, GULA dan PERASA ( kerana ia akan memberi kesan negatif kepada buah pinggang bayi anda!!)
Peringkat Ketiga - 9 bulan hingga berusia 11 bulan
Berikan bayi anda makan makanan yang di cincang halus dan makanan dipotong jejari.
Sila pantau dan makan bersama bayi untuk elakkan masalah tercekik.
Peringkat keempat - 1 tahun hingga berusia 4 tahun
Berikan anak anda makanan yang lembut dan tidak pedas. Kurangkan penggunaan garam, gula dan perasa dalam masakan. Berikan juga anak makan hidangan lauk seperti ayam dan ikan yang di buang tulang. Berikan juga anak-anak sayur-sayuran dan buah-buahan bagi membekalkan zat dan mineral yang mencukupi untuk menyokong tumbesaran mereka.
2 Comments