Jangan Minum Susu Unta, Elakkan dari terkena MERS-CoV!

Assalamualaikum. Semalam huda ada dengar berita tentang kes warga tempatan yang disahkan dijangkiti Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) sejurus pulang dari mengerjakan umrah bulan Disember lepas.

Huda ada baca kenyataan akhbar tentang kes ini, kalau korang nak baca juga boleh klik DISINI

Antara punca utama pesakit dijangkiti oleh MERS-CoV adalah bersentuhan dengan unta dan telah meminum susu unta mentah ketika lawatan ke ladang unta di Mekah. 

Jom kita sama- sama berkongsi infografik yang disediakan oleh KKM untuk makluman awam




Perhatian untuk mereka yang bakal mengerjakan umrah, pastikan anda JANGAN MINUM SUSU UNTA dan elakkan dari terkena MERS-CoV!

Realiti dan isu kesihatan global zaman 2018 makin mencabar! 

World Health Organizatin (WHO) memberitahu buat masa ini tahap penularan jangkitan tersebut secara keseluruhannya tidak diketahui dan tiada vaksin untuk memberi perlindungan terhadap jangkitan MERS-CoV dan tiada ubat khusus untuk merawatnya. Pihak WHO juga tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalanan (travel advisory) atau mengeluarkan sebarang larangan lawatan ke negara-negara yang terlibat.

Jadi, marilah kita semua mengambil langkah berhati-hati setiap kali travel. 

P/s : Haish, baru plan nak booking tiket flight, terus jadi takut nak travel dalam masa terdekat, terbayang airborne infectious diseases yang lagi mudah tersebar dalam aircraft cabin. Semoga Allah lindungi keluarga kita semua dari penyakit merbahaya. Amin...


some_text

18 comments

Lynda Che Lah said...

Ya Allah. Ni pun musim orang pergi Umrah. Semoga dilindungi..

Izyan Balqis said...

moga keluarga kita yang mengerjakan umrah dilindungi Allah swt

YB Shehan said...

asben cakap x sedap mana pun. huhu..

azlina ina said...

allahuakbar! takutnya.. moga kita semua dalam lidungan allah

Azirahman said...

Kena hati-hati . Terima kasih perkongsian berguna.

Ezna Khalili said...

Susu pun kena dimasak juga supaya selamat untuk diminum. Jenis yang tak suka susu. Unta ke lembu ke kambing ke memang tak minum kecuali susu berperisa. Hee Hee

Lia Hasty said...

OMG takutnya penyakit baru ni. Belum ada vaksin dan ubat khusus. Kena sebarkan dan share kepada family dan kawan-kawan yang mengerjakan umrah ni.

penaberkala said...

Bagus info ni especially untuk orang ramai yang akan mengerjakan umrah nanti. Sama-sama kita beringat

Hasif Hamsyari said...

alamak! terima kasih atas perkongsian ni. kalau tak memang tahu! apapun kena selalu ambil langkah berjaga-jaga lagi-lagi bila travel. hmm...

Fadzi Razak said...

Ish, takutnya lah bila travel sebab kena benda-benda macam ni. Saya kalau balik travel dalam malaysia pun kadang-kadang kena demam, batuk dan selsema. Risau pulak nak travel luar negara

Henry Tan said...

SUSU UNTA? CAMEL? wowww i didnt know ada susu unta yang boleh minum. :S
thanks for the info, lain kali wont simply try yang makanan/minumam baru.

Whats Your New Year Resolution?

Jia Shin Lee said...

This is scary, first time hearing about this, thanks for sharing the info.

Cik Ash said...

uishhh takutnya bila baca pasal ni.. macam2 loni.. terima kasih pengkongsian ni huda..

Cik Puan Ena said...

Haritu family balik umrah masuk wad sbb sesak nafas. Cuaca masa tu mmg tinggi. Persiapan mmg kena ada sebelum pegi sana n sentiasa beware bila berada disana.. xperlu jauh. Kdg2 keluar rumah pon boleh cepat dpt jangkitan kan..

Syafiera Yamin said...

virus dan bakteria luar negara tak sama macam negara atau negeri sendiri, nampaknya kita kena boost imun sistem supaya antibodi dapat lawan penyakit berjangkit berbahaya ;)

Ciktie said...

Minta-minta semua saudara-saudara kita yang pergi mengerjakan ibadat umrah dilindungi. Aamiin.. gud info. Take tau cerita pun pasal ni

AyuArjuna BiGoshh said...

tak pernah rasa susu unta...heheh

Wai Yee aka Rane said...

thanks for sharing. will take note on this