Ceritahuda.Com Berubah Wajah dengan Theme Magazine Style
Setelah puas dan bosan dengan theme dengan header besar dan slider, huda nak beralih arah ke theme magazine style. Cari aura dan inspirasi baru untuk terus aktif berblogging.
Kenapa huda pilih template blog Magazine Style?
#1 - Ikut trend terkini dalam dunia blogging. Layout blog dengan theme magazine merupakan antara Top Best Blogger Template di tahun 2018.
#2 - Memudahkan pembaca memilih topik atau artikel dengan paparan pelbagai pilihan artikel di laman utama.
Huda gunakan khidmat BG Design untuk upgrade blog template huda. Nak buat sendiri memang terkedek-kedek nak baca coding HTML. Lepas tu stress bila tak jadi. Maka huda serahkan pada yang pakar , dan huda boleh jimat masa dan tenaga untuk perah idea menulis artikel di blog.
Huda puas hati sangat-sangat dan semangat membara ni nak tulis macam-macam artikel dan juga buat video untuk letak di blog.

Post a Comment