5 Telefon Pintar Harga Kurang dari Seribu yang berbaloi untuk anda beli !

Assalamualaikum, Salam hujung minggu semua. Weekend pertama di tahun 2018 korang buat apa? Hari ini huda saja nak survey telefon pintar. Huda memang sayang duit nak beli smartphone yang harga mahal sangat yang beribu-ribu ringgit sebab duit sekarang ni mengalir macam air jer kan? Jadi haruslah berjimat cermat. 

Ok jom huda kongsikan hasil selidik huda tentang 5 telefon pintar harga kurang dari seribu yang berbaloi untuk anda beli. 

#1 - Xiaomi Mi A1

 Harga di Lazada : RM 868 


 

Menarik kan? Dual camera smartphone dengan harga kurang dari seribu ringgit. 

Xiaomi Mi A1 adalah hasil kerjasama dengan Google yang juga peranti pertama beroperasi di bawah program Android One di Malaysia. Android One adalah program tawaran sistem operasi harga patut Google kepada pengeluar telefon di seluruh dunia. 


Spesifikasi Xiaom Mi A1 


• SKRIN: 5.5 inci HD penuh 

• REKAAN: Kerangka aluminium penuh 

• KAMERA: Dwilensa 12MP+12MP (sudut lebar+telefoto) 

• KAMERA DEPAN: 5MP 

• RAM: 4GB 

• STORAN: 64GB, slot kad microSD 

• PEMPROSESAN: Qualcomm Snapdragon 625 octa core 

• BATERI: 3080mAh 

• SLOT KAD SIM: 2 

• KETEBALAN: 7.3mm 

• BERAT: 165g 

• WARNA: Hitam/emas ros/emas 

#2- ASUS Zenfone 4 Max Pro 

Harga di Lazada : RM 999 




Kelebihan utama pada ASUS Zenfone 4 Max Pro adalah bateri yang berkapasiti 5000mAh dan kamera belakang dan depan 16MP

Spesifikasi ASUS Zenfone 4 Max Pro

• PAPARAN: 5.5 inci HD penuh

• PEMPROSESAN: Qualcomm Snapdragon 425

• RAM: 3GB

• OS: Android 7.0 Nougat, ZenUI 4.0

• STORAN: 32GB, slot kad microSD

• KAMERA: 16MP+5MP

• KAMERA DEPAN: 16MP

• BATERI: 5000mAh

#3- Vivo V5S

Harga di Lazada : RM 999

Kelebihan kamera hadapan 20 megapixel (MP) dengan ciri Selfie Softlight, imej swafoto dihasilkan Vivo V5s akan kelihatan lebih asli dengan kesan seperti cahaya studio fotografi.

Spesifikasi Vivo V5s

• PEMPROSESAN: Octa-core 64bit

• SISTEM OPERASI: Android 6.0.1 Marshmallow

• RAM: 4GB

• STORAN: 64GB

• KAMERA: 20MP, f/2.0 & 13MP, f/2.2 (belakang)

• BATERI: 3000mAh

#4- Neffos X1 Max

Harga di Lazada : RM799





Neffos model X1 Max bersaiz 5.5 inci dengan pemprosesan MediaTek Helio P10 menjadikan operasi telefon lebih pantas serta menjimatkan bateri dan menggunakan teknologi pengecas pantas dengan 30 minit untuk cas sebanyak 50 peratus.


Spesifikasi Neffos model X1 Max 

• RAM: 3GB

• STORAN: 32GB

• KAMERA: 13MP, 5MP (depan)

• KETEBALAN: 7.75mm

• CPU: Helio P10 octa core

• BATERI: 3000mAh

• WARNA: Kelabu/emas


#5 -  Honor 6A

Harga di Lazada : RM699




Honor 6A yang berukuran 5 inci ini dikuasakan oleh pemprosesan berkelajuan tinggi Qualcomm 8-core, sistem operasi EMUI 5.1 berdasarkan Android 7.0 Nougat serta dilengkapi dengan sistem identifikasi cap jari pelbagai fungsi. Menarik kan model smartphone dari Huawei ni?

Spesifikasi Huawei Honor 6A

• PEMPROSESAN: OS: Android 7.0 + EMUI 5.1

• STORAN: 32GB (menyokong sehingga 128GB)

• RAM: 3GB

• KAMERA: 13MP, 5MP (depan)

• SKRIN: 5”

• PAPARAN: HD

• RESOLUSI: 1280 x 720

• BATERI: 3,020mAh

• WARNA: Kelabu dan emas


Semoga perkongsian huda ini membantu korang yang plan nak beli smartphone baru dengan budget RM1000 ke bawah. Huda pun nak beli handphone baru juga ni, tunggu settle urusan tahun baru dulu dengan renew roadtax dan yuran sekolah anak, ada rezeki lebih baru boleh beli nanti. Doakan huda murah rezeki yer. 

Post a Comment

2 Comments

Sii Nurul said…
Wahh boleh tahan juga~
Sy pakai lenovo ja. haha asal boleh whatsapp dan selfie hahaha
X mampu lgi nak beli atas RM500.. tngu ada kerja dulu hehe
Thanks for sharing :)
Unknown said…
This is my first time i visit here. I found so many interesting stuff in your blog especially its discussion. From the tons of comments on your articles, I guess I am not the only one having all the enjoyment here keep up the good work ukraynaca