30 Orang yang Pertama dalam Islam

Assalamualaikum, Alhamdulilah Jumaat pertama di tahun 2018. Tahun 2018 ini huda nak berazam nak lebih rajin belajar tentang sejarah islam. Sebab bila kita lebih mendalami sejarah Islam, semakin kita lebih sayangkan Islam dan berusaha menjadi muslim dan muslimah sebenar. 

Baru-baru ini ada sahabat kongsi satu ilmu tentang 30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM.



Huda nak kongsikan di blog dan mudah huda nak rujuk nanti untuk ceritakan kepada anak-anak. 


30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM.


1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhitan :Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan sa'i antara Safa & Marwah :Sayyidatina Hajar

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi Khalifah Islam :Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan Kalender Hijriyyah :Umar bin Al-Khattab

10. Orang yang pertama meletakkan Jabatan khalifah dalam Islam :Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi MuhammadSAW :Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :Haris bin Abi Halah

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :Sumayyah binti Khabbat

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /lembaran :Abdullah bin Amru bin Al-Ash

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :Saad bin Abi Waqqas

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan menyerukan adzan: Bilal binRabah

17. Orang yang pertama sholat dengan Rasulullah SAW :Ali bin Abi Tholib

18. Orang yang pertama membuat mimbar masjid Nabi SAW :Tamim Ad-dary

19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah : Zubair bin Al-Awwam

20. Orang yang pertama menulis sejarah Nabi Muhammad SAW :Ibban bin Othman bin Affan

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama menggagas usul fiqh :Imam Syafi'i RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:Ali bin Abi Tholib

24. Orang yang pertama menjad iraja dalam Islam :Muawiyah bin Abi Sufyan

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan umum :Harun Ar-Rasyid

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar bin Khattab

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an setelah Rasulullah SAW :Ali bin Abi Tholib

28. Orang yang pertama membangun menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :Mus'ab bin Umair

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.          


Nanti Arif dah besar dan dah faham tentang Islam, huda nak ceritakan tentang 30 orang yang pertama dalam Islam. Impian huda juga nak bawa anak-anak lawat kawasan penting dalam sejarah islam seperti Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kelak, InshaAllah, semoga murah rezeki anak-anak mama Amin...                                    

Post a Comment

20 Comments

Lynda Che Lah said…
Insha Allah.. sampai hajat ni nanti. Tq sharing Huda
Ezna Khalili said…
Moga dimurahkan rezeki untuk ke tanah suci.
azlina ina said…
alhamdulillah..perkongsian bermanfaat.terimakasih
Fadzi Razak said…
Boleh juga dijadikan ilmu baru ni sebagai cara unutk pupuk anak sayangkan Islam dengan lebih mendalam. Sekarang ni pun Fadzi selalu cerita pasal Allah, pasal Islam dekat anak sendiri walaupun dia tak berapa faham lagi.
Nuha Nawawi said…
Thanks for sharing.

Semoga kita tergolong dalam golongan ummat Muhammad (SAW) yang menerima Syafaatnya.
5 Little Angels said…
Thanks for the infor. I learnt some other ethnics culture here.
atiehilmi.com said…
awaa.. terima kasih untuk infonya.. rasa pernah baca dulu tapi tak ingat.. yang selalu buat entri macam ni blogger indonesia.. hee~
Fiza Rahman said…
Bagus info ni. Terima kasih atas perkongsian dan peringatan.
Sue Izza said…
Tq huda nak simpan jugak la,tuk cite kat anak nanti.
Bella Jamal said…
Bagus perkongsian ni. Dapat juga pengetahuan dan pengajaran dari tulisan ni. Semoga bermanfaat buat semua.
Ciktie said…
Insyaallah, moga tercapai hajat sis tu. Aamiin
Henry Tan said…
hahaha i never heard of this. but thanks for sharing now i know!

YourFinanceDoctor
Hanny Abdullh said…
Terima kasih atas perkongsian. Boleh sama2 belajar gan anak nanti ni..:D
Ruby said…
InsyaAllah kak impian akak akan tercapai. Niat baik macam ni pasti dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Saya pun plan camtu utk anak-anak. Melawat tempat Sejarah Islam. Dapat ke Aceh Indonesia pun OK.
Jia Shin Lee said…
Great info, thanks for sharing.
alhamdulilah sangat bermabfaat informasinya
banyak yang telah dilupakan... entri ini refresh kembali apa yang telah dilupakan.
Rawlins GLAM said…
Terima kasih mengingatkan perkara sebegini - elok untuk santapan jiwa dan peringatan untuk semua. Terima kasih.
Alia Farhan said…
Dpt refresh balik bab2 ni
Thanks
Banyaknya benda baru yang saya baru tahu. Suka baca info macam ni. Teruskan ya.