Tabung SSPN-i Plus Untuk The Arifs

Alhamdulillah. Satu ceklist tahun ni tercapai iaitu buat akaun SSPN-i Plus untuk anak-anak huda.


Kos melanjutkan pelajaran makin tinggi kan zaman sekarang. Tak tahu 12 tahun akan datang, berapa entah kos nak daftar Arif masuk universiti ( dalam hati mama selalu doakan Arif dapat tajaan dari Yayasan Terengganu).



Sebagai ibu bapa, menabung untuk masa depan anak-anak adalah satu tanggungjawab dan kewajipan. Huda tak nak anak-anak susah, dan terpaksa ikat perut bila belajar jauh dari rumah nanti.



Salah satu usaha huda dalam menabung untuk keperluan akademik mereka di masa hadapan adalah melalui SSPN-i Plus. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan huda nak buat akaun SSPN-i Plus untuk The Arifs ketika di Karnival Upin Ipin pada bulan lepas. Siap dapat free tabung SSPN-i Plus yang canggih ni, masukkan duit jer berbunyi " Thank You". Memang makin semangat la diorang nak menabung sambil bermain. 

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.

SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

Jom huda kongsikan antara kelebihan membuka akaun SSPN ini
  1. Patuh syariah.
  2. Pelepasan taksiran cukai pendapatan keatas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun.
  3. Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
  4. Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal( kemalangan) sehingga RM 1 000 000.00.
  5. Tiada pemeriksaan kesihatan.
  6. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  7. Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak.
  8. Layak memohon pembiayaan pendidikan.
  9. Simpanan dijamin oleh Kerajaan.

Doa huda, bila tiba waktu The Arifs nak lanjutkan pelajaran, mereka dapat belajar ke mana sahaja mereka mahu, tanpa perlu pening fikirkan kos pembelajaran. InshaAllah hasil tabungan khas untuk akademik ini mencukupi untuk mereka. Semoga Allah murahkan rezeki yang berkat untuk kami dalam memastikan keperluan anak-anak semua terlaksana. Jom menyimpan untuk masa depan yang lebih terjamin.
 some_text