Produk Review : Amalaki Himalaya Pure Herbs


Assalamualaikum, hari ini huda nak cerita tentang satu produk yang baru huda cuba iaitu Amalaki keluaran Himalaya.




Ia mengandungi 250mg Amalaki (Emblica officinalis) ekstrak buah-buahan sangat berkhasiat dan merupakan sumber makanan penting vitamin C, mineral dan asid amino. 



Amalaki mempunyai antioxidant properties, yang sebahagiannya berasal dari kandungan Vitamin C yang tinggi dan juga kandungan bioaktif tannins.

Amalaki membantu menyihatkan tisu badan dan memulihkan pertumbuhan semula sel semasa menangkis radikal bebas dalam badan. 

Amalaki juga membantu mengekalkan kesihatan dan fungsi optimum sistem imun tubuh badan kita. 

Selain itu ia meremajakan kulit, mengelakkan premature aging dan hyperacidity. 

Kajian klinikal juga menunjukkan Amalaki mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Boleh KLIK DISINI untuk membaca lebih terperinci tentang Amalaki. 

Bestkan manfaat dan khasiat Amalaki Himalaya Pure Herbs ni? 

InshaAllah, huda akan konsisten makan untuk sebulan ni. Sebotol ada 60 kapsul. Cara makan pun mudah, 1 kapsul 2 kali sehari.  

InshaAllah, dengan izin Allah dan asbab produk best dari Himalaya ini, huda akan lebih sihat dan rasa muda remaja 2018 nanti, hehe... Boleh la melangkah lebih jauh lagi dan mengembara  ke tempat baru bersama The Arifs. Boleh huda kongsikan 1001 pengalaman dan cerita untuk tatapan pembaca cerita huda 2018 nanti. 

Huda memang suka produk Himalaya ni tau. Nak tahu kenapa? Baca DISINI
Produk Himalaya ini korang boleh dapatkan di farmasi dan juga butik Himalaya di seluruh Malaysia. 

Follow media sosial Himalaya untuk promosi terkini

https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia
https://www.instagram.com/himalayamalaysia/