Ok, huda dah kembali pulang ke rumah sendiri dan waktu terbaik nak start makan ikut tekak sendiri dan yang penting amalkan konsep " Eat-Clean".
Bermula minggu ni huda hadkan travel ke mana-mana, jadi boleh fokus misi eat clean dan sedia makanan sendiri yang mengikut konsep " Eat-Clean".
Apa itu " Eat-Clean"?
"Eat -Clean" adalah cara pemakanan yang mengamalkan makanan " whole-food" seperti buah-buahan, sayur-sayuran , lean protein dan produk wholegrain. Ia juga mengelakkan/ mengurangkan pengambilan gula dan garam berlebihan, snek dan makanan yang telah diproses ( nuget, sosej, bebola ayam/daging).
Alhamdulillah, hari ini cubaan pertama tahun 2017 bagi anak-anak makan beras perang. Last makan beras perang rasanya 2 tahun lepas. Yeay, happy sangat sebab pinggan licin siap minta tambah lagi. Lepas ni memang beli beras perang jer la kat rumah huda ni. Walau harga sedikit mahal berbanding beras biasa, tapi khasiatnya teramat banyak untuk kesihatan. Amalkan diet tanpa perlu berlapar.
Kenapa huda ajak korang "Eat-Clean"?
Kenapa huda ajak korang "Eat-Clean"?
Tahu tak dengan amalkan " Eat-Clean" ni korang boleh bakal menikmati 5 kesan ni :-
1) Penurunan berat badan dan atasi masalah perut buncit.
2) Gigi dan gusi yang sihat dan mengurangkan risiko berlaku kaviti
3) Rambut dan kuku lebih sihat ( sebab badan kita menikmati kebaikan nutrient yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran segar)
4) Mengurangkan risiko penyakit kritikal seperti sakit jantung, kencing manis dan kanser.
5) Menjimatkan duit sebab kita akan lebih kerap memasak di rumah berbanding makan di luar ( sebab mostly makanan diluar menggunakan bahan perasa, gula dan garam berlebihan dan mengandungi makanan yang diproses)
Selain itu, mood korang pun akan lebih stabil sebab "eat-clean" ni menggalakkan kesihatan mental dan fizikal.
Macamana nak start "Eat-Clean"?
Mudah yer, ikut " The 10 Rules of Clean Eating"
Di penghujung tahun ini, jom kita sama-sama bagi hadiah paling best untuk diri sendiri iaitu "SIHAT" dengan cara pemakanan kita setiap hari. Apa yang kita makan hari ini penentu diri kita hari esok.
6 Comments