Assalamualaikum, terima kasih yang stay tuned menanti huda update hotel review Hatten Place Melaka, hotel yang berada dalam satu bangunan dengan Elements Mall Melaka.
Jujur cakap, huda tak tahu pun kewujudan hotel ni di Melaka. Hotel baru rupanya, di Hatten City. Alhamdulillah, rezeki dari Allah, huda sekeluarga dapat merasa menginap di Hatten Place Melaka selama 3 hari 2 malam di sini, di taja sepenuhnya. Sebak sangat sebenarnya, huda dan suami memang tak plan nak pergi bercuti ke mana-mana hujung tahun, namun rezeki datang satu demi satu, dan ada yang terpaksa huda tolak tepi. Rezeki ini hadiah suprise Anniversary ke 6 dari Allah untuk kami, Kadang kala penat otak merancang itu ini dan akhirnya akur dengan perancangan Allah yang lebih hebat dari perancangan manusia. So relax2 jer hujung tahun ni, macam-macam offer datang. Alhamdulillah.
Ok, jom huda cerita tentang Hatten Place ni. Mula-mula jom kita kongsi lokasi di mana di Hatten Place, Melaka ini berada.
Eh..eh... masuk-masuk bilik ada belon dan tulisan Happy Anniversary. Terima kasih encik suami. Seronok dapat suprise. Ok, nak inform bilik superior ada katil queen. Alhamdulillah, muat lagi kami berempat tidur sama-sama.
Excited The Arifs sebab dari toilet boleh nampak katil
TV 40 inci. Puas la tengok, macam-macam channel ada. Layan Fox Movies pun best.
Bilik Air yang comel, cantik warna dan design.
Permandangan dari bilik kami di tingkat 27.
Kemudahan coffee/tea making.
Honest review : Memang cantik, sebab hotel baru. Cuma saiz agak kecil 20.5 sq meters sahaja untuk bilik superior. Ruang solat memang terhad. Part breakfast buffet memang sedap dan puas hati.
Boleh tengok sini >> FOOD REVIEW HATTEN PLACE <<
Kemudahan infinity pool pun tak luas sangat, tapi ok la sebab asingkan toddlers pool. Outdoor jacuzi pun comel jer. Pergi time peak hour, memang tak merasa la. Sauna dan steam room best. Fitness studio pun best.
Sejuk sangat-sangat mandi infinity pool di sini. Pool terletak di level 13. Angin laut kuat.. mujur ada outdoor jacuzi yang panas.
Sempat juga merasa duduk di bilik sauna dan steamroom. Panas sangat, mampu duduk beberapa minit jer. huhu. dah 6 tahun tak bersauna dan masuk steam room. ( Teringat zaman anak dara, boleh jer dok kat sauna lama-lama)
Semua baru, so memang best la kan masuk gym camni.
Part paling best stay di Hatten Place ini sebab berhubung dengan Elements Mall, dekat sangat nak tengok wayang dan shopping. Malam pertama di sini, huda dan family tak lepaskan peluang main salji di Elements Mall >> Bermain Salji di Elements Mall bersama The Arifs<<
Stay tuned , nanti huda review panggung wayang yang best di Elements Mall, mudah sangat nak sampai, turun lift jalan sikit, sampai dah. Best sangat kalau layan midnight movie macam zaman muda-muda dulu. Jumpa lagi di artikel akan datang.

8 Comments