31.12.2017. Penulisan di blog yang terakhir di 2017. Helaian terakhir untuk buku 2017. Huda nak tulis 12 chapter terindah yang Allah hadiahkan untuk huda sepanjang 2017 ini, untuk simpanan peribadi dan kenangan
Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Segala pujian hanya kepada Allah. Hanya dengan izin, rahmat dah kasih sayangnya kita semua dapat merasa dan menikmati kenangan manis di tahun 2017.
Januari 2017
Percutian pertama huda dan keluarga di Sutra Beach Resort.
Pertama kali Arif Haikal belajar bermain layang-layang.
Februari 2017.
Pertama kali The Arifs mendaki Bukit Besar.
Mac 2017
Percutian ke Seri Malaysia Marang dan menikmati sunrise di Pulau Kekabu Marang
April 2017
Rekreasi bersama The Arif di Taman Saujana Hijau Putrajaya
May 2017
Percutian di Bandar Kuala Terengganu dan Grand Puteri Hotel
Jun 2017
Warna -warni Aidilfitri 2017
July 2017
Pengalaman kedua The Arifs menaiki kapal terbang dengan mencuba laluan penerbangan Air Asia terbaru iaitu dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru
Pertama kali menginap di Hotel Phoenix Forest City dan belated birthday suprise untuk suami tersayang. Disini juga kami pertama kali bermain slide in the city.
Ogos 2017
Pertama kali turut serta Family Day KBBA9 di The Legend Resort Cherating
First time The Arifs bercuti dan mandi manda bersama cousins.
September 2017
Suprise Birthday Holiday untuk Arif Haikal di Tok Aman Bali Beach Resort
Oktober 2017
Birthday trip Arif Hakim di The Bed KLCC
Family trip dengan family mertua ke i-City Shah Alam
November 2017
Pertama kali The Arifs berkunjung ke Karnival Upin Ipin
Disember 2017
Pertama kali The Arifs pergi di Bangi Wonderland
Pertama kali The Arifs pergi ke Pusat Sains Negara
Suprise Anniversary trip ke Melaka
12 bulan penuh cerita dan warna-warni di tahun 2017. Nanti bila Arif dah besar boleh tengok macam-macam first experience diorang di tahun 2017. InshaAllah di tahun 2018, lebih banyak tempat kita kan terokai bersama, dan cipta memori indah. InshaAllah semoga rezeki di tahun 2018 melimpah ruah untuk kami dan untuk anda semua.

0 Comments