Hadiah Istigfar untuk Abah dan Mak.

Assalamualaikum, Salam Jumaat Penghulu Hari. Hari ini huda nak kongsi tentang satu amalan yang huda amalkan. Dengan niat hadiah untuk abah dan mak huda. Andai di dunia huda tak mampu jaga mereka sebab huda jauh berada di timur dan mereka nun di selatan. Dari segi kewangan pun huda masih belum mampu berikan wang berkepuk-kepuk, namun semoga Allah izinkan huda bagi hadiah terbaik untuk mereka di akhirat kelak dengan usaha huda yang tidak seberapa di dunia ini. 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَرْفَعُ الدَّرَجَةَ لِلْعَبْدِ الصَّالِحِ فِي الْجَنَّةِ، فَيَقُولُ: يَا رَبِّ، أَنَّى لِي هَذِهِ؟ فَيَقُولُ: بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat bagi seseorang hamba yang soleh di syurga. Maka dia berkata: Wahai Tuhan, dari mana yang aku dapat ini? Allah berfirman: dengan istighfar anak kamu kepadamu”.

Selepas huda baca hadis ini, huda berazam, setiap hari huda akan niat setiap istigfar yang yang terucap ( mahu pun baca dalam hati) hanyalah untuk hadiah kepada abah dan mak. 

Mereka dah berkorban macam-macam untuk besarkan kami adik-beradik 10 orang. Huda yang jaga 2 anak pun dah rasa besar yer cabaran dan pengorbanan yang harus dilakukan. Apatah lagi mereka, mesti tidak terhitung pengorbanan semata-mata untuk kami semua membesar dan berjaya dalam hidup. 

Jom semua,setiap hari kita hadiahkan istigfar untuk ibu bapa kita. Huda rasa inilah hadiah yang paling bermakna kita boleh bagi pada mereka. Semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah, dan juga menjadi asbab kedua ibu bapa merasai nikmat syurga yang tiada tolok bandingnya dengan kesenangan dan nikmat dunia. InshaAllah The Arifs bila besar nanti sentiasa hadiahkan istigfar untuk mama dan papa. Amin.....

Selain itu, jom kita sentiasa beristigar, kerana istigfar ini sangat-sangat hebat kesannya. Baca  kisah ini >> Kisah Hebatnya Istigfar <<

some_text

Post a Comment

1 Comments

Bebelan Cik Min said…
Kan..nice sharing huda..