Assalamualaikum. Hari ini huda nak kongsi 8 tips menulis travelog yang semua travel blogger mesti ambil tahu. Bagi huda menulis travelog ini bukan sahaja kita tulis syok sendiri untuk simpanan peribadi tapi kita berkongsi maklumat penting kepada pembaca kita yang akan mempengaruhi keputusan mereka untuk pergi travel ke sesuatu destinasi.
8 Tips Menulis Travelog yang Bagus
Tips #1 - Kajian tentang tempat/destinasi
Jadikan penulisan travelog anda perkongsian yang berinformasi, dan bermanfaat. Sebelum pergi ke sesuatu destinasi buat kajian tentang destinasi yang bakal di tuju, sama ada di perpustakaan atau lebih mudah "google" sahaja.
Tips #2 - Photographic Description
Penulis seperti juga blogger merupakan "artist". Blogger menceritakan sesuatu gambar dengan penerangan yang sarat dengan informasi untuk pembaca. Setiap gambar ada cerita disebaliknya. Serlahkan bakat seni anda melalui penulisan yang boleh menarik minat pembaca.
Tips #3 - Senarai aktiviti dan tempat menarik
Lengkapkan travelogue anda dengan senarai pelbagai aktiviti dan juga lokasi tempat-tempat menarik di sekitar tempat yang di lawati. Ianya pasti membantu pembaca blog anda merancang percutian mereka dengan lebih teratur.
Tips #4 - Penerangan tentang perjalanan (jarak dan kenderaan)
Catatan peribadi bagaimana dan berapa jauh untuk sampai ke destinasi. Terangkan juga keadaan sepanjang perjalanan contohnya jalan berbukit, jalan curam atau sebagainya. Informasi seperti ini pastinya mempengaruhi perancangan percutian pembaca blog anda.
Tips #5 - Namakan beberapa pilihan hotel dan tempat makan
Luaskan permandangan anda dan kongsikan hotel-hotel dan juga tempat makan di sekitar kawasan yang boleh anda sarankan kepada pembaca blog anda sebelum bercuti ke destinasi idaman mereka.
Tips #6 - Tulis tentang perkara "rare dan unik" selain tarikan yang biasa
Jadikan travelogue anda selalu menjadi kegemaran pembaca dengan berkongsi perkara yang unik di tempat yang anda lawati. Contohnya, makanan yang mempunyai nama yang unik atau aktiviti yang tidak dapat dilakukan di tempat lain seperti melepaskan anak penyu ke laut.
Tips #7 - Cultural Background
Ceritakan tentang keadaan sekitar destinasi seperti masyarakat sekitar, gaya hidup mereka dan sebagainya. Informasi ini akan membantu pembaca merancang pemilihan pakaian dan aksesori mereka sebelum berkunjung ke sesuatu destinasi .
Tips #8 - Nyatakan "Do and Don'ts"
Etika melawat ke negeri atau negara orang lain. Contohnya, melawat destinasi yang majoriti islam dan menutup aurat, begitu juga makanan yang halal dan haram ketika berkunjung ke sesuatu tempat.
Selain itu juga peringatan tentang isu pick pocket dan lain-lain isu keselamatan yang berguna kepada pembaca blog anda.
Okay, sekian 8 tips yang huda rasa penting untuk hasilkan sebuah travelog yang bagus. InshaAllah 2018 ni plan nak ke banyak tempat menarik, huda harus pastikan lapan perkara di atas ada dalam travelog huda nanti, baru la berbaloi pembaca luangkan masa membaca pengalaman huda bercuti nanti.
4 Comments