5 Tips Penting untuk hadapi 2018 dengan Bahagia!

Tik Tok...Tik.Tok... Jam terus berputar, sesaat pun takkan berhenti menunggu kita. Lebih kurang 72 jam lagi 2017 nak tinggalkan kita. Ramai dah tulis azam 2018, resolusi 2018 la dan macam-macam nama lagi. 
Bagi huda sendiri, huda nak satu jer 2018 ni. Nak rasa bahagia setiap detik. Boleh ke huda dapat ketenangan dan kebahagiaan untuk 365 hari akan datang di tahun 2018?

Tahun 2017 huda banyak menangis. Ada sebab kecewa, ada sebab terluka dan macam-macam sebab lain yang pastinya 90% berpunca dari diri sendiri. Iyer, diri huda sendiri yang sebabkan huda rasa seperti loser dan seorang yang gagal. Emosi mengatasi segalanya.

That's ENOUGH! Huda nak tegaskan diri sendiri supaya tak lemah dengan emosi yang rapuh, godaan syaitan yang melemahkan iman dan bersangka buruk dengan ujian yang datang. 

Sungguh..ujian datang tanda ALLAH SAYANG. Bila tulis perkataan "ALLAH SAYANG" terus rasa nak mengalir air mata. Sungguh...Allah sangat sayangkan hambaNya. Allah janji lepas susah akan ada kesenangan. Serius, janji Allah itu PASTI. Dan huda nikmati semua kesenangan hati lepas seketika Allah hadirkan dugaan keresahan jiwa.

Okay, tujuan huda menulis ini, lebih kepada nak remind diri sendiri supaya berpegang dengan 5 Tips Penting untuk hadapi 2018 dengan bahagia. 

Tips #1
Bebaskan diri dari dendam/tak puas hati dengan orang lain. 

- Ingat senang ke nak hapuskan perasaan ini. Hati yang bersih dan suci jer mampu rasa camni. So huda kena bersihkan hati dengan zikir banyak2, istigfar banyak2. 

Tips #2 
Bebaskan fikiran dari kerisauan.

- Ini lagi la susah nak buat. Dah namanya perempuan memang suka sangat fikir, sampai bawa ke mimpi. Tapi ada satu jer cara nak hapuskan kerisauan ni 100% iaitu dengan TAWAKAL dan YAKIN dengan ALLAH. Ya Allah best sangat bila kotak fikiran ni bebas kerisauan. Bahagia teramat sangat!

Tips #3
Hidup dengan cara yang mudah ( simple life)

- Simple life tu macamana yer? Mungkin dengan cara pemakaian kita, tak perlu kot nak terikut dengan fesyen orang kaya, beli barang branded. Ukur baju badan sendiri orang kata. Simple jer hidup ni, orang nak kata kita apa-apa, lantak la diorang punya mulut. Kita takde hak pun nak tutup mulut orang lain kan. As long as kita tak susahkan orang lain sudah. 

Tips #4
Lebih banyak memberi kepada orang lain

- InshaAllah huda akan usahakan untuk lebih banyak memberi. Tak semestinya wang ringgit, mungkin tenaga, masa dan semestinya lebih banyak memberi perhatian kepada keluarga tersayang. 

Tips #5 
Kurangkan Mengharap pada orang lain

- Penat dan letih sangat-sangat bila hidup ni dibazirkan dengan mengharap pada orang lain. Serius huda rasa tak nak dah mengharap orang itu akan buat itu ini, walaupun kita expect orang tu akan balas balik apa kita buat ( even balasan like dan komen di media sosial atau blog). Ikhlaskan hati buat dengan ikut tips nombor 4 tadi. Dapat balik balasan ke tak, itu jangan sekali-kali mengharap. Why not, biarkan suprise jer datang, tak perlu tunggu dan mengharap. Indeed life is full of surprises. 

 Fuh...lega rasa dah siap tulis 5 tips untuk diri sendiri jadi lebih bahagia. Yeah huda, u can do this!!
I want to be the most happiest person on earth! Not just a day, but everyday....InshaAllah. 
Last but not least... i finally found my true source of happiness..

Ada suatu ketika huda rasa lost, give up dan tak tahu nak happykan diri, tak tahu macamana nak bahagia. Dan huda buat sesuatu untuk orang lain senyum dan happy. Sekelip mata, huda rasa bahagia.  The best feeling ever! See someone you love smile to you. 

Bahagia itu sebenarnya dekat dan mudah, diri kita sendiri yang menjadikan ia sukar.
InshaAllah, selagi iman dan takwa menjadi peneman diri, pasti bahagia itu milik huda selamanya.
Huda doakan korang yang sudi membaca coretan hati huda ini juga akan bahagia hari ini, esok, tahun depan dan selamanya. InshaAllah.
some_text

Post a Comment

5 Comments

Fatin Shahrizam said…
Semoga tahun baru memberi lebih makna dan kebahagiaan kepada kita. Happy 2018!
azlina ina said…
terimakasih huda.Ina baca pon,terus jadi bersemangat.
Eyqa Hasnan said…
Betul kak huda. Dah nak tahun 2018, ambik aura baru
Izyan Balqis said…
let it go huda, pass is pass, IQ kalu jadi macam huda, IQ selalu pesan pada diri, ikhlaskan hati.

IQ pun kadang pendam rasa, tapi last2 IQ yang sakit sendiri, jalan terbaik, biarkan ia berlaluuuuu pergiiii (macam lagu plak)
Radhia Razali said…
Semoga sis lebih tenang, bahagia & dimurahkan rezeki pada tahun 2018 berbanding tahun-tahun sebelumnya