Dewan A ada penampilan Aris dan Ara watak dari siri animasi Pada Zaman Dahulu, berjumpa dengan Lima Puteri Limau dari kerajaan Limau dan yang paling seronok dapat jumpa Upin dan Ipin serta kawan-kawan. Ada juga penampilan istimewa Ultraman Ribut!
The Arifs takut dengan Upin Ipin sebab di kaca televisyen kecil sahaja, jumpa besar macam ni, takut nak datang dekat.
Seronok tengok tarian dari kartun pada Zaman Dahulu, Ara dan Aris dan rakan-rakan di hutan.
Kemudian tonton tayangan Upin Ipin Episod Kembara Alam Dino. Episod kegemaran adik Hakim, memang seronok la tengok sampai habis.
Paling huda tunggu! Yeay, dapat tengok Ultraman Ribut lawan raksasa.
Selain dari acara di pentas utama, di dewan A juga dapat rasai pengalaman yang luar biasa, seperti meneroka ke empat pulau istimewa, iaitu pulau ‘Upin & Ipin’ anak-anak dapat mengambil gambar di mural 3D yang berwarna warni dan cantik, jadi sekiranya hendak gambar yang menarik dan cantik kena pastikan posisi hendaklah betul.
Manakala di pulau ‘Pada Zaman Dahulu’ anak-anak boleh menguji kreativiti dengan melipat kertas origami Sang Kancil dan merasai pengalaman berjumpa penghuni hutan di Jungle Maze.
Di pulau ‘DaDuDiDo’ pula anak-anak boleh membuat bot kertas sendiri dengan mengunakan daya kreativiti tersendiri dan berlumba di satu laluan air yang sangat mencabar.
Pulau seterusnya pulau ‘Puteri’, anak-anak boleh menjadi puteri yang sebenar dengan memakai gaun puteri yang cantik, dihiasi tiara, lukisan muka dan juga gambar polaroid serta kawan-kawan turut berpeluang membuat aksesori yang cantik. ( Nasib anak lelaki, tak minat puteri2 ni, memang tak singgah sini pun, hehe)
Bagi yang suka bermain dengan Video games jangan lepaskan peluang untuk bermain dengan dua video games baru yang dihasilkan oleh Les’ Copaque Games Development Inc. (LCGDI) secara esklusif. Ini kerana dua video games baru ini belum lagi dimuat turun di mana-mana aplikasi ataupun terdapat di mana-mana tempat lain.
Di sini juga ada menjual barangan original di Upin & Ipin Store dan jika anak-anak lapar boleh singgah di Kedai Makan Upin & Ipin untuk menikmati minuman dan makanan yang sedap.
Ok, jom kita tengok apa pula yang best di Dewan C
Di dewan C anak-anak boleh melihat dan merasai sendiri pengalaman proses sesuatu produksi animasi berjalan. Di Dewan C juga anak-anak berpeluang merasai pengalaman menjadi pelakon suara dengan merakam suara mengikut watak yang diminati serta juga terdapat sesi soal dan jawab bersama Kak Ros.
Selain itu, anak-anak juga dapat merasai pengalaman ke dunia Upin dan Upin dengan melangkah masuk ke set ‘Alam Dino’, ‘Magik Pin Pin Pom’, ‘Ultraman Ribut’ dan juga ‘Tadika Mesra’.
Bukan itu sahaja, kawan-kawan juga berpeluang masuk ke rumah Opah yang seperti dalam siri Upin dan Ipin, kawan-kawan boleh melihat dimana tempat Upin dan Ipin buat kerja sekolah, tengok TV, bilik Upin dan Ipin, tempat mereka makan dan macam-macam lagi
Selain berseronok di Karnival Upin Ipin, huda juga amik peluang keemasan, untuk daftarkan akaun SSPN-i untuk The Arifs. Dapat Free tumbler dan tabung untuk anak-anak. Berbaloi-baloi daftar di sini, mudah dan cepat. Capai target huda nak buka akaun untuk anak-anak, selama ini asyik bertangguh jer.
TIPS untuk ke Karnival Upin
1) Datang awal dan beli tiket awal untuk jimat masa dari beratur panjang untuk beli tiket di Hall C. Berikut adalah harga tiket untuk makluman anda
2) Gunakan UBER atau GRAB.
Selain itu, boleh parking awam di Pintu 2, dengan kadar parking RM 5.00. Kemudian menaiki tram ke Dewan A, MAEPS.
Semalam huda sekeluarga naik Tram, bawa The Arifs rasa angin petang di sini. Suka tengok anak-anak enjoy seharian di Karnival Upin Ipin.
Ok Sekian perkongsian huda pagi ini. Jom kita meriahkan Karnival Upin Ipin dan gembirakan anak-anak kita bertemu karakter animasi kegemaran mereka. Boleh tonton video di Youtube Cerita Huda untuk tonton video yang sempat huda rakam semalam.
Info Lanjut di
Facebook : Karnival Upin Ipin / Upin ipin Official
Instagram : @upinipinofficial
4 Comments