Doa dan Zikir dari Surah Al- Kahfi

Assalamualaikum, Salam Jumaat yang berkat. 
Korang dah habis baca Surah Al-Kahfi hari ini? Huda baru jer habiskan , separuh baca malam tadi, pagi ni sambung lagi separuh. Alhamdulillah, ceklist perkara sunat hari Jumaat yang satu ni dah setel. Tapi kan...takkan nak setakat baca jer, jom huda kongsikan mengenai doa dan zikir yang terkandung dalam Surah Al-Kahfi
Doa Agar Beroleh Keselamatan
Ayat ke 10 Surah Al-Kahfi 
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa:

"Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)"



Zikir Tanda Syukur dan Takjub pada Nikmat Allah SWT
Ayat ke 39 Surah Al-Kahfi
وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ۚ إِنْ تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا

Dan mengapa kamu tidak mengatakan waktu kamu memasuki kebunmu "maasyaallaah, laa quwwata illaa billaah (sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Sekiranya kamu anggap aku lebih sedikit darimu dalam hal harta dan keturunan
Jom kita sama-sama amalkan ilmu ini. Semoga dan doa dan zikir yang huda kongsikan- petikan dari Surah Al-Kahfi ni sentiasa menjadi amalan kita.
Hidup ini pinjaman Allah kan? Apa yang kita mahukan hanyalah perlindungan dari Allah dan tawakal kita atas segala usaha kita di dunia ini diberkati. InshaAllah. 

Post a Comment

2 Comments