Reminder dari Allah - Ingat 5 Perkara sebelum 5 Perkara

Assalamualaikum, salam pagi isnin yang indah. 

Pagi ini huda nak kongsi pengalaman huda sepanjang seminggu ini. Terlalu banyak ujian dan cabaran yang Allah hadiahkan kepada diri huda sendiri dan kepada ahli keluarga terdekat.

Nenek huda di kampung tengah sakit, hanya mampu baring dan perlukan penjagaan rapi 24jam. 
Adik beradik belah suami berderet sakit demam lepas balik holiday minggu lepas.
Kelmarin adik ipar masuk hospital dan selamat menjalani pembedahan appendiks semalam. 

Kereta suami pula rosak, alhamdulillah,petang semalam lepas hantar ke bengkel dah ok. 

Urusan kerja bisnes sangat banyak bertimpa-timpa, namun masa sangat mencemburui. Suami pula kena ulang alik hospital jaga adik ipar. 

Huda duduk dan berfikir. 
Ya Allah, banyaknya ujian dan cabaran yang terjadi adalah REMINDER untuk diri sendiri dan orang lain. 

Jom huda kongsikan sepotong hadith yang sangat terkesan dihati huda.

إِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَا بَكَ قَبْلَ هَرَ مِكَ ، وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ ، وَ غِنَا كَ قَبْلَ فَقْرِ كَ ، وَ فَرَا غَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ ،وَ حَيَا تَكَ قَبْلَ مَوْ تِكَ


“Gunakanlah yang lima sebelum datang yang lima: Masa mudamu sebelum datang masa tuamu, masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa kosongmu sebelum datang masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum datang kematianmu.”
(HR Al-Hakim)

Allah sudah berpesan melalui hadis yang di sampaikan oleh Rasulllah SAW kepada umatnya.

Sangat indah dan tersusun peringatan Allah ini.


Reminder untuk diri huda sendiri dan orang lain. Tiada satu pun nikmat dunia akan kekal. Ada masa yang pasti, kita akan bertemu dengan keadaan yang sukar dalam perjalanan hidup ini. 

Maka manfaatkanlah, setiap detik, selagi nikmat sihat pada usia muda, nikmat harta, nikmat masa dan nikmati bernafas pada hari ini masih lagi milik kita. Sesungguhnya satu hari yang pasti kita akan hilang kesemua nikmat-nikmat dunia ini. 

Ya Allah, semoga huda dan semua pembaca nukilan hati huda di pagi isnin ini mendapat manfaat. Sama-sama kita Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, supaya kita tidak lalai dengan dunia, dan menggunakan kesempatan yang Allah pinjam sebaik-baiknya. 



Jaga hati, jaga aurat, jaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Allah sentiasa memerhati kita. InshaAllah, betulkan niat kita hidup hari ini, dan keberkatan waktu itu pasti milik kita. Amin..


some_text

Post a Comment

4 Comments

Julia Johari said…
Sebak baca entry huda kali ni, didoakan semoga nenek kuat harungi ujian Allah...semoga keluarga huda segera sembuh dari demam ya...cuaca sekarang terlalu panas...sehinggakan terfikir ujian sedikit ini pun kami tak larat nak lalui...ya Allah...permudahkanlah urusan kami...sejukkanlah negeri kami semula. amin
PERMATABIRU said…
semoga urusan kita semua di permudahkan
CIKZACOM said…
perkongsian istimewa, alhamdulillah semoga kita semua dilindungi Allah S.wT
Dan semoga dipermudahkan urusan hendaknya..
afizlatif said…
Alhamdulillah... Semua dah seesai..=)