Assalamualaikum.
Hari ini huda nak kongsi cerita huda bawa The Arifs shopping di Himalaya
Wellness Boutique, Sunway Pyramid.
Ramai kawan-kawan blogger sarankan produk Himalaya ni bagus, jadi huda
pun tak nak ketinggalan dengan mencuba produk Himalaya ni.
Huda bagi peluang pada The Arifs shopping barang apa yang diorang nak di
Himalaya ni. Memang berapa kali ntah diorang tawaf dalam kedai ni.
Susun atur kedai produk Himalaya di Sunway Pyramid ini sangat kemas dan
teratur, dan ruang yang agak luas, jadi huda tak risau anak-anak bebas dan
aktif meneroka.
Arif Haikal pun dah pandai membaca, jadi huda bagi peluang dia baca label-label produk di
Himalaya boutique ni.
Himalaya Wellness Boutique di Sunway Pyramid ini lengkap dengan pelbagai
produk untuk personal care ( moisturizing cream, ubat gigi ), baby care (
moisturizing baby soap, gentle baby shampoo) , skin care ( Facial wash dan set
anti pimples) dan juga supplement
kesihatan ( Ayurslim dan sebagainya)
As expected, diorang mestilah berkenan produk penjagaan baby, ada gambar
baby pada packaging tu, buat diorang tertarik nak capai.
Sebenarnya, huda sangat yakin untuk menggunakan produk Himalaya ini
kepada keluarga huda sebab mengandungi 100% herbal aktif, dijamin halal dan
harga yang sangat-sangat berpatutan. Dengan adanya herbal aktif di dalam setiap produk Himalaya ini, meningkatkan fungsi biologi kulit dan membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk kulit dan rambut yang sihat.
Ok, settle anak-anak memilih, huda pula cuci mata pilih produk apa yang
best untuk huda.
Macam huda, wanita yang dah berumur 3 series ni dan dah beranak dua,
masalah rambut gugur tu antara masalah yang huda hadapi. Setelah mendapat
konsultasi dari juru penasihat produk yang sangat ramah, huda memilih produk
set anti hair fall iaitu antara best seller product Himalaya di sini.
Keistimewaan bila shopping di Himalaya Wellness boutique ni berbanding
kedai yang lain adalah dengan adanya set lengkap seperti Set Anti Hair Fall
yang huda cerita sebelum ni. Dengan penggunaan complete set, kesannya lebih
cepat dan efektif.
Selain itu, keistimewaan bila kita shopping di Himalaya Wellness
boutique ini adalah dengan adanya Membership program. Mudah sangat nak jadi
membership Himalaya ni. Hanya perlu shopping RM100 ke atas, automatic dapat
FREE membership. Next time shopping boleh dapatkan 15% diskaun , dan
pengumpulan mata. RM1 – 1 mata. Bila cukup 100 mata nanti boleh tebus dengan
pembelian produk.
Membership di Himalaya Wellness boutique ini menggunakan cardless
system. So don’t worry , takperlu risau nak bawa membership kad ke apa. Mudah
kan?
Selain dari keistimewaan yang huda ceritakan di atas, ada satu perkara
yang buat huda suka dengan produk Himalaya ni adalah BEBAS Paraben, silicone dan SLES
Huda memang jaga isu paraben, silicone dan SLES, sebab bahan kimia ni
menyumbang kepada penyakit kulit ( skin irrations, skin aging) dan menyumbang kepada DNA damage yang boleh menyebabkan kanser.
Jadi huda memang pilih semua produk yang huda gunakan bebas paraben ( antara sebab huda tak suka make up, dapat free make up ke lipstick ke huda memang tak
pakai, sebab mostly ada label paraben, takut nak guna).
Jadi korang pun sebelum beli produk tu baca tau label. Nak senang beli
jer, semua produk di Himalaya Wellness Boutique ni. memang 100% yakin dan
halal!
Owh ya, semasa huda shopping di sini, huda juga sempat merasa produk
dari Surya iaitu Apple Cider Vinegar dan Chlorophyll, Lychee / Peach Flavour. Memang sedap, dah la harga
murah tau jika beli di sini berbanding beli di tempat lain. Dapat special diskaun, so boleh jimat!
Namun hanya terdapat di Sunway Pyramid, Mydin USJ dan Setapak Central
sahaja yer.
Ok, jom layan vlog huda tentang Himalaya Wellness Boutique, Sunway Pyramid.
Untuk maklumat lanjut lawati
https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia
https://www.instagram.com/himalayamalaysia/
https://www.instagram.com/himalayamalaysia/
19 Comments