Assalamualaikum. Hari ini huda nak kongsi tentang pengalaman huda
bermalam di The Bed KLCC bersama The Arifs. Sebelum ni huda ada cerita tentang Official Launch of The Bed KLCC
Special Thanks kepada rakan media Kak Tati (dari www.tatimansur.com) dan Kak Min (www.bebelancikmin.com) yang sudi
bekerjasama dengan huda. Combine 4 media pass, huda berjaya dapatkan family pod suite untuk media complimentary stay sempena official launch the bed, KLCC.
Pintu masuk The Bed KLCC
Family Pod Suite
Bathroom untuk Family Pod Suite
Rezeki dapat family Pod Suite dengan 2 katil king di dalam satu bilik, memang selesa sangat lah nak bermalam di The Bed KLCC bersama The Arifs. Rate untuk family pod suite ini adalah RM180 per night.
Jom layan telatah The Arif bermalam di The Bed KLCC.
|
|
|
Excited first time tidur dalam capsul hotel.
Bangun-bangun tidur, lapar perut. Jom tengok ada makanan apa untuk breakfast.
Lepas breakfast, jom lepak sambil baca buku.
Huda sambung breakfast nasi lemak..hehe, tadi awal-awal konon nak makan roti bakar jer. tapi macam lama lagi jer The Arifs nak melepak sini, huda pun makan la sebungkus nasi lemak. Sedap!
Cantik kan lounge area di The Bed KLCC ni?
The Bed KLCC ini capsul hotel yang mewah untuk backpackers. Sekarang tengah promosi tau, RM49 sahaja untuk single pod siap breakfast. Memang berbaloi-baloi sangat.
Single Pod
Antara kemudahan yang terdapat di The Bed KLCC adalah
- Personal Locker under the pod
- Key card access
- Elevator
- Air-conditioning
- Hot Shower
- Ironing Board
- Hair Dryers
- Internet access
- 7 Eleven Store ( 24H)
- Reception (24H Security)
The Bed KLCC adalah lokasi yang strategic di tengah KL, nak pergi mana-mana pun mudah.
Boleh rujuk google map di bawah
Untuk tempahan +603 2715 2413 or visit www.thebedklcc.com
Sekian review dari huda, inshaAllah next time huda nak stay sini lagi! Jom layan vlog huda bersama The Arifs di The Bed KLCC
1 Comments