Lepas huda kongsikan di laman sosial ramai yang tanya, kat mana kedai ni? Sama ke dengan Dapo Pata?
Lokasi kedai :
LOT 8163 KAMPUNG TANJUNG GELAM , MENGABANG TELIPOT , 21030 KUALA TERENGGANU
LOT 8163 KAMPUNG TANJUNG GELAM , MENGABANG TELIPOT , 21030 KUALA TERENGGANU
D'Rumoh Pata adalah restoren milik pasangan suami isteri Nurul Akhtar and Bunyamin Halim.
Berbeza dengan Dapo Pata yang terletak di Pantai Tok Jembal.
Berbeza dengan Dapo Pata yang terletak di Pantai Tok Jembal.

Ada pelbagai pilihan menu masakan panas dan juga ada pilihan makan di stall seperti kambing bakar samurai, Satay , western food, mango shake dan waffle
Cantik sangat view di D'Rumoh Pata.

Ok, makanan huda order dah sampai! Sebelum tu, amik gambar dulu. Food Blogger kan, wajib amik gambar dulu.

Arif kebosanan tunggu mama papa ni, asyik amik gambar jer. Arif Haikal habiskan masa dengan main kira-kira dengan kalkulator. ( memang macam pelik kan budak 5 tahun fanatik main kira-kira guna kalkulator, huhu..itu lah anakku..)
Huda dan suami makan ini.

The Arifs makan nasi goreng cina. Habis sepinggan makan kongsi dua orang.
Banyak lagi menu best-best tau di D'Rumoh Pata, especially masakan Thai, sup tulang dan macam-macam lagi. Huda rasa memang wajib repeat makan di sini lagi. The Arifs pun dah ajak makan sini sebab sedap dan view best!
Berminat nak makan di D'Rumoh Pata?
Boleh hubungi nombor ni >> 0129848844
Sekian jalan-jalan cari makan dari huda dan family. Next nak pergi makan kat mana yer?
Boleh hubungi nombor ni >> 0129848844
Sekian jalan-jalan cari makan dari huda dan family. Next nak pergi makan kat mana yer?

1 Comments
bila dah duduk jauh dari terengganu ni macam2 benda plak naik.