Tips Elak Kesesakan Balik Kampung di Musim Perayaan

Assalamualaikum. Alhamdulillah, ramai warga kota sudah kembali pulang meneruskan perjalanan hidup mencari rezeki.


Hari ini tercetus idea nak kongsi pengalaman peribadi huda dalam elakkan kesesakan sama ada balik ke kampung atau pulang semula ke rumah sendiri dari kampung. 

Huda ada buat kajian sedikit tentang pattern pemandu di Malaysia ini ada macam-macam jenis. Ada yang suka driver waktu pagi, ada yang suka drive waktu malam. 
Hasil observation huda, huda dapat ringkaskan beberapa tips yang buatkan huda berjaya elakkan kesesakan jalanraya terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. 

Tips #1

Waktu terbaik nak mulakan perjalanan adalah waktu PAGI sebelum subuh. 

Cuba tanya diri anda, sanggup berkorban tidur lambat atau berkorban bangun 3 pagi semata-mata nak elak jem?

Bagi huda dan suami, kami memang pilih waktu PAGI sebelum subuh untuk travel. Sebab kebarangkalian pemandu yang sanggup bangun pagi sebelum subuh adalah sedikit. 

Maka secara automatik, kesesakan jalanraya dapat dielakkan. 

Pengalaman travel, timur ke selatan, ke barat ke utara, memang terbukti berkesan jika mulakan perjalanan jauh seawal pagi, berbanding waktu lain. 

Jimat masa dan tenaga, dan jimat duit minyak yang paling penting sebab harga minyak makin mahal kan?

Gerak awal, sampai awal, kemudian baru la rehat dan tidur sepuas-puasnya. 

Tips #2 

Amalan sebelum musafir. 

Pastikan solat sunat musafir 2 rakaat sebelum memulakan perjalanan. 

Panjatkan doa dan tawakal agar Allah permudahkan perjalanan. 

InshaAllah, perjalanan lancar dengan izinNya.

Tips #3

Solat Awal Waktu - Jama' Taqdim 

Jika perjalanan jauh lebih 2 marhalah, pilihlah untuk solat awal waktu dengan melaksanakan Solat Jama' Taqdim bukannya Jama' Takhir. 

Percayalah pada keberkatan solat itu ada keberkatan waktu. Sebab waktu yang berputar itu milik Allah. 

Tips #4

Basahkan lidah dengan zikir dan doa. 

Tahukan anda doa orang musafir itu antara doa yang Makbul?

Tips #5

Fikiran positif. Sebelum, dan semasa pemanduan bayangkan perjalanan yang lancar dan jangan terbayang masalah kesesakaan traffik!

Allah bertindak mengikut sangkaan hambaNya. 
Jadi hati-hati dengan apa yang kita expect to happen. 

Itu sahaja 5 tips yang huda amalkan, dan Alhamdulillah dengan izin Allah, huda tak hadap kesesakan traffic yang teruk jika huda follow betul-betul 5 tips di atas. Kurang satu tips tak buat, memang selalunya kena hadap jem jugakla.. 

Ini cara dan pengalaman huda, jika rasa ia bermanfaat boleh la amalkan bersama. Setiap berlaku dengan izin Allah. Semoga setiap perjalanan hidup kita sentiasa dipermudahkan Allah. Amin...



some_text

Post a Comment

0 Comments