Resepi Butter Cookies Semudah ABC

Assalamualaikum semua yang sudi singgah baca perkongsian resepi butter cookies semudah ABC ini. 
Minggu lepas huda pergi shopping bahan-bahan kuih untuk brownies dan Golden Almond Crunchy yang customer tempah. Biasa huda memang pergi seorang untuk beli bahan kuih, tapi kali ini Arif Haikal nak ikut. 
Nasib la dia ikut, memang ada jer la dia nak pau duit beli apa-apa. 
As expected, dia nak beli number cookies cutter dan alphabet cookies cutter. Melayang RM10++ utk cetak kuih si Arif ni sahaja. 
Dah ada cetak, haruslah buat cookies kan..
Ikut mood malas nak buat cookies ni, jadinya huda carilah resepi yang paling mudah sahaja.
Berikut adalah resepi untuk BUTTER COOKIES semudah ABC
Bahan :
1) 150g buttercup
2)  50 g gula icing
3) 120 g tepung gandum
4) 50g tepung jagung
5) 1/4 sudu teh baking powder
6) 1/2 sudu teh esen vanilla
Cara:
1) Campurkan butter, esen vanilla dan gula icing, pukul sehingga sebati dan berkrim. 
2) Masukkan campuran tepung gandum, tepung jagung dan baking powder yang telah di ayak. 
3) Adun sehingga adunan biskut menjadi lembut dan boleh di cetak. 
4)Bakar pada suhu 160 degree, 10 minit , kemudian pusingkan orientasi, dan bakar lagi 5 minit.
Dah itu jer! Mudah jer kan. 
Loyang pertama huda rajin lagi nak cetak alphabet layan kan anak sorang ni. 
Loyang kedua rasa macam ngantuk mata petang-petang buat cookies, jadi yer nak cepat siap,huda campur dalam segenggam choc chips dan sedikit badam, maka jadi la ala-ala chipsmore cookies. 

Ok, sekian perkongsian resepi dari huda. Selamat mencuba dan gembirakan keluarga korang dengan homemade cookies made with mother's love. Priceless and precious, takde jual kat kedai cookies macam ni tau. 
some_text

Post a Comment

7 Comments

afizlatif said…
Sedapnyeee...Nanti boleh buat lagi
Nadia Johari said…
comelnya..hehee..mesti anak-anak suka
YB Shehan said…
comel. lama x mengukis nih.. hehehe
Lisa Nurulain said…
Lisa reti makan je.. buatnye tidak hahaa
Unknown said…
wah nampak sedap. saya akan cuba recipe ini juga :D
Bro Framestone said…
1st time buat butter cookies sewaktu join pertandingan memasak. Alhamdulillah, menjadi... malangnya resepi kedua lambat sikit siap buatkan kumpulan kami just dapat tempat ke-2 je T-T