To-do-list panjang berjela, namun hati entah ke mana, idea lagilah, hilang terus, tunggu-tunggu tak kunjung tiba..
Sebenarnya... masalah ketandusan idea dan inspirasi ini berpunca dalam diri...
Berperang dalam diri mencari ketenangan yang kian hilang dibawa angan-angan yang tak kesampaian...
Huda suka ingatkan diri sendiri dengan firman Allah yang sangat indah dan sentiasa merawat jiwa yang hilang arah kerana ujian hidup singgah mewarnai hari....
Di dalam ayat 5 dan 6 Surah Inshirah, Allah berfirman untuk mengingatkan kita semua, bahawa selepas kesukaran itu ada kemudahan.
Andai hari ini Allah uji kita dengan kesukaran, percaya dan yakinlah hari esok mentari terbit membawa sinar kegembiraan untuk kita. InshaAllah.
Tarik nafas sedalamnya... fokus apa yang nikmat dan kelebihan yang Allah hadiahkan, buang jauh-jauh rasa tak best...
Sesungguhnya, setiap yang berlaku ada hikmahnya...
Seperti musibah yang berlaku iaitu tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Tahu tak, setiap musibah itu membawa hikmah yang pelbagai.
Pertama, musibah itu menimpa, kita merasa marah ( dan pelbagai perasaan negatif lain) - itu tandanya Allah membalas dosa kita terdahulu.
Kedua, apabila musibah menerpa kita, kita bersabar, itu tandanya Allah mengampunkan dosa-dosa kita
Terakhir, tatkala musibah terjadi, hati kita tenang menghadapinya, itu tandanya Allah mengangkat darjat kita...
Jadi cermin diri kita, di kala kita tercari-cari hikmah itu di mana, bagaimana hati kita dengan Allah?
Adakah kita bersangka baik dengan Allah atau menyalahkan Allah dengan nasib dan takdir yang ditentukan dan sudah tertulis di Luh Mahfuz untuk kita..
Alhamdulillah, huda rasa sudah ketemu hikmah yang huda cari.
Terima kasih Allah.
Ampunkan hambaMu ini....
Kesusahan hari ini takkan berpanjangan.
Allah dah janji.
Jangan susah hati. Solat dan sujud mengadu, semoga esok segala mudah dan lancar urusan dunia dan akhirat.
Amin....
Coretan hati yang rapuh di malam hari. Huda, 11.53pm, 17 September 2017.
1 Comments