Kenapa Huda Bawa Arif Ke Pusat Kitar Semula?

Assalamualaikum.

Hari ini huda nak kongsi aktiviti huda dan Arif hujung minggu lepas iaitu pergi ke pusat kitar semula.



Kenapa Huda bawa Arif ke Pusat Kitar Semula?

Niat utama huda nak Arif tahu tak semua "sampah" kena buang di tong sampah. Ada kategori barang-barang yang tidak lagi kita gunakan ada tempat lebih baik dari tong sampah.

Peranan kita sebagai ibu bapa sangat penting dalam memupuk amalan kitar semula sejak dari kecil. Jangan harapkan cikgu di sekolah sahaja nak didik anak-anak kita tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Apa itu KITAR SEMULA?

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial.




Dengan membawa Arif  ke pusat kitar semula, dan lihat bagaimana suami huda hantar barang-barang ke pusat kitar semula, lihat bagaimana bahan kitar semula diproses, Arif dapat ilmu dan kesedaran tentang pentingnya kitar semula. Secara langsung huda didik diri sendiri juga dalam memelihara alam sekitar kita. Barulah Arif membesar dengan bangga ada mama yang prihatin macam huda. 






Huda suka nak kongsi kepentingan kitar semula kepada alam sekitar dan kepada manusia amnya untuk ilmu kita bersama. 

KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR


  • Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi. 
  • Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal. 
  • Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. 
  • Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan. 
  • Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. 
  • Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.

KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA


  • Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya.
  • Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
  • Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
  • Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. 
  • Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.

Kesimpulannya, amalan kitar semula ini bukan pilihan tapi kewajipan kita semua. Bayangkan hidup anak-anak kita masa akan datang jika ambil sambil lewa tentang amalan kitar semula ini. 



Perasaan huda lepas balik dari bawa Arif dari pusat kitar semula adalah sangat gembira sebab huda dah buat sesuatu yang baik sebagai ibu dan buat baik kepada bumi kita yang satu ini. 

Eh, selain itu huda puas hati sebab dapat RM12.95. Ok la kan, kalo buang tong sampah satu sen pun tak dapat kan?



Jom kita kitar semula! Mulakan hari ini juga!

Jika korang di Kuala Terengganu boleh hantar barang kitar semula di RD Paper Sdn Berhad yang terletak di Gong Badak.



RD Papers Sdn Bhd 
Highlights info row image
09-6661122 / 09-6242233
Facebook : RD Paper Official

some_text

Post a Comment

0 Comments