Happy 5th Birthday Muhammad Arif Haikal

Pantasnya masa berlalu....

Anak sulung huda sudah masuk umur 5 Tahun pada 5 September 2017.

Rezeki "bunting pelamin" memang tak pernah terlintas di fikiran, namun jika sudah tertulis rezeki huda dan suami, pasti berlaku.

Alhamdulillah atas nikmat pinjaman Allah dan impian nak anak lelaki telah termakbul 5 tahun lepas.

Impian nak anak pandai baca Al-Quran tahun ini pun tercapai.

Banyak sangat rezeki yang hadir seiring dengan kelahiran Muhammad Arif Haikal sejak 5 tahun lepas hingga kini.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Tahun ini huda memilih untuk sambut kami anak-beranak sahaja berbeza tahun-tahun sebelum ini huda sambut di kampung atau rumah mertua.
Kerana Arif dah bersekolah ,jadi masa birthday Arif jatuh pada hari sekolah, jadinya sambut dirumah sendiri sahajalah.  Tahun ini juga pertama kali Arif sambut disekolah.



Sambutan Birthday Arif - Part 1



Puas fikir, dan asyik ubah plan sahaja. Sekejap nak makan diluar, sekejap rasa nak makan-makan dirumah sahaja.
Huda tanya Arif sendiri, dia nak makan kek di mana?

Jawapan Arif ringkas.

" Nak dirumah, macam birthday mama bulan lepas."

Ok, set! lebih mudah jika tuan badan yang decide.

Maka huda pun baking Fudgy Brownies dan suami keluar beli belon, hadiah untuk Arif dan Pizza Hut( Arif sangat suka makan pizza)



Arif dah puas makan kek Secret Recipe, bulan lepas offer dia dan adik hakim, mereka tolak. Jadinya, huda masak sahaja brownies kegemaran Arif. Konfem makan dan lebih jimat guna bahan yang sedia ada di rumah sahaja.

Selepas maghrib huda dan suami set up meja dan decoration simple untuk surprise kan Arif.
Dia dan adiknya, khusyuk layan Youtube di dalam bilik.



Bila siap semua, baru panggil dia keluar bilik.




Memang terkesima muka Arif time dia tengok ada surprise untuk dia.

Lepas nyanyi lagu "happy birthday to you" kami anak beranak pun mula makan.
Terima kasih encik suami belanja 2 jenis pizza, mushroom soup dan cinnamon stick.

Tengah sedap-sedap makan Arif tiba-tiba bersuara : " Kenapa tak tutup mata saya ?"

Hehe, mana lah dia tahu pasal tutup mata untuk surprise ni. Tengok cerita kartun mana ntah agaknya.

Nasib ada satu lagi surprise, hadiah birthday belum bagi lagi.

Siap-siap makan, dia dah tanya mana hadiah dia.

Encik suami tutup mata dia, as he wish to do to get surprise.



Memang excited sangat dapat mainan kegemaran dia iaitu PLAYDOH.

Nasib mood Arif tengah happy, boleh la main bersama-sama dengan adik Arif Hakim.



Arif Haikal main sampai pukul 11 malam, penat paksa suruh tidur sebab esok sekolah.


Alhamdulillah,  Arif Haikal gembira dengan surprise birthday dari huda dan suami. Semoga memori 5 September 2017 ini terpahat diingatan Arif Haikal.

Sambutan Birthday Arif - Part 2


Plan memang nak sambut birthday Arif Haikal di sekolah pada 5 September. Tapi guru kelas inform ada sambutan hari merdeka, maka ditangguh pada 6 September.

Huda plan nak bagi fruits in the cup. Semangat sediakan 25 pcs cup comel. Plan nak letak anggur, potongan buah-buahan lain. Tapi last minit baru tanya cikgu berapa bilangan murid, cikgu inform 34 murid dalam kelas Arif. Alamak, ada pertambahan murid, setahu huda dalam kelas Arif ada 25 orang jer, sebab tengok rekod di papan sekolah.

Aduhai, dalam masa 1 jam jer nak kena fikir goodies back up. nak cari bekas cup comel pagi-pagi pukul 8 kedai tak buka lagi.

Akhirnya huda decide pergi giant beli air kotak susu coklat dan tambahan jelly in the cup. Mujur Giant buka awal dalam 9.30 pagi.  Kemudian huda cari plastik packaging yang comel-comel di kedai DIY untuk packing goodies, siap tambah birthday whistle.

Packing semua dalam masa setengah jam jer! Fuh~~



Plan asal memang nak bagi cup siap tutup tak perlu la plastik2 ni.. tapi tu la nape la last minit baru nak tanya cikgu sekolah Arif.

Mujur fudgy brownies huda dah siap potong, letak dalam papercup letak topping caramel sauce dan sedikit colourful choc rice.



Simple-simple jer untuk birthday Arif kali ini. Honestly huda pun tak reti sangat, maklum la baru kali pertama kan...

Next time kena prepare awal semua mende, tanya siap2 semua.




Alhamdulillah, Arif balik rumah dengan wajah gembira dapat sambut birthday dengan kawan-kawan dia. InshaAllah tahun depan nanti sambut lagi dengan kawan-kawan yer Arif...

Dah celebrate di rumah dan di sekolah, tapi huda masih belum puas nak celebrate birthday Arif lagi!

Sebab setiap tahun pasti ada birthday trip untuk Arif.

InshaAllah huda tunggu siap personalized topi dan T-Shirt yang huda tempah dari Printcious dengan menggunakan logo nama Arif Haikal yang di design eksklusif oleh suami huda.

Bila siap nanti boleh pakai untuk birthday trip istimewa sempena birthday Arif Haikal ke 5 tahun ini.

Nak kemana tu...masih dalam perancangan, InshaAllah tunggu suami siapkan order website customer dan dah kurang sibuk kerja di office baru la boleh luangkan family time sambil pergi birthday holiday.


Ok, sekian sharing ceritera 5th Birthday Muhammad Arif Haikal di tahun 2017.

Doakan anak huda membesar dengan sihat, bijak dan menjadi anak soleh yang boleh pimpin tangan huda menuju syurga abadi. InshaAllah,Amin....




some_text--------

Post a Comment

0 Comments