Alhamdulillah, dah settle ceklist utama pagi Jumaat dengan membaca Surah Al-Kahfi.
Satu lagi amalan yang huda selalu amalkan terutama sekali hari Jumaat adalah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Tahu tak ada 42 kelebihan selawat?
Satu lagi amalan yang huda selalu amalkan terutama sekali hari Jumaat adalah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Tahu tak ada 42 kelebihan selawat?
Jom huda kongsikan kelebihan-kelebihan berselawat yang mungkin ada yang kita tahu dan mungkin kita tak tahu.
Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah.
Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan.
- Melaksanakan perintah Allah.
- Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
- Bersamaan dengan selawat para malaikat.
- Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
- Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
- Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
- Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
- Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
- Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
- Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
- Allah akan menutupi segala dukacita.
- Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
- Mendapat darjat al-Sidq.
- Ditunaikan segala hajat.
- Salam sejahtera pada hari kiamat.
- Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
- Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
- Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
- Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
- Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
- Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
- Tidak akan merasai fakir.
- Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
- Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
- Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
- Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
- Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
- Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
- Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
- Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
- Mendapat keberkatan daripada Allah.
- Mendapat kesempurnaan iman.
- Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
- Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
- Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
- Teguh pendirian dengan kebenaran.
- Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
- Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
- Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
- Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
- Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
- Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat
Sungguh banyak kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW ini, jadi manfaatkan hari yang mulia ini, dengan perbanyakkan selawat. Semoga dengan izin Allah, kita menikmati kesemua 42 kelebihan Selawat ini di dunia dan di akhirat.
Jom ikhlaskan hati dalam beramal, kerana perjalanan hidup kita makin hari makin singkat, semakin kita hampir pada penghujung yang pasti. Apakah pengakhiran untuk kita kelak? Semua bergantung bagaimana kita habiskan sisa kehidupan kita.
Akhir kata, doa huda untuk semua yang pembaca ceritahuda.com di kurniakan umur yang berkat dan mendapat tempat di syurga Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.
1 Comments