Macam mimpi dapat join Family Day KBBA9 di Legend Resort Cherating.

Assalamualaikum.

Hari ini huda nak kongsi tentang salah satu "wish come true" huda di bulan Ogos ni.



2 minggu lepas huda ada kongsi tentang huda dah jadi sebahagian keluarga blogger yang paling glamour di Malaysia iaitu Kelab Blogger Ben Ashaari.


Masa dapat approval dari Ben Ashaari untuk join KBBA9 huda dah cukup bersyukur dan gembira sebab Allah makbulkan salah satu impian huda pada bulan yang cukup bermakna ni. Kira salah satu hadiah birthday huda bulan ni =)

Lepas beberapa hari join KBBA9, ada offer dari Ben untuk isi kekosongan untuk join Family Day di Legend Resort Cherating selama 3 hari 2 malam. Semuanya di taja, dari penginapan bilik hotel, makan minum dan pelbagai aktiviti menarik di Cherating. 

Alhamdulillah, satu lagi "wish granted" 
Memang teringin nak join family day KBBA9 sebab selama ni follow jer aktiviti diorang yang memang BEST!

Memang rasa macam mimpi dapat join Family Day KBBA9 di Legend Resort Cherating.
Pertama kali dapat bercuti bersama keluarga yang di taja sepenuhnya siap dengan jadual aktiviti yang menarik. Termasuk makan dari minum petang mula-mula sampai (Jumaat 18 Ogos 2017) hingga lunch selepas check out (20 Ogos 2017). Biasa lepas check out hotel mana dapat nak makan lunch.  Kos untuk keluarga huda sahaja adalah dalam 4 angka. Seronok sangat sebab dapat FREE trip dengan join Family Day KBBA9.
Rasa macam langkah kanan, masuk KBBA9 waktu diorang nak pergi family day. Kalau join lewat sikit mesti terlepas peluang.

Ada lagi satu "wish granted"
Dapat bilik seaview yang sangat-sangat cantik.
Tengok laut dari atas katil jer =)



Itulah namanya REZEKI. Rezeki Allah tak pernah cepat atau lambat walau sesaat.
Rezeki anak-anak setiap bulan huda bawa pergi holiday.  Semoga The Arifs membesar ingat semua kenangan indah holiday bersama, walau huda tak bekerja glamour2 macam orang lain, tapi huda "mampu" bawa anak-anak holiday selalu.



Segala berlaku dengan izin Allah.
Semuanya berlaku sangat mudah dan lancar. Alhamdulillah. 
Rasa bersyukur yang sangat-sangat atas semua nikmat pinjaman Allah untuk huda sekeluarga. 

Huda sangat berterima kasih pada Ben Ashaari terutamanya, dan kepada semua rakan blogger lain yang sangat baik dan ramah. Walau kali pertama berjumpa, boleh borak dan enjoy semua aktiviti menarik bersama-sama. Banyak sangat pengalaman yang huda rasai pertama kali seumur hidup yang mencecah 31 tahun ni.

~ gambar bersama rakan blogger dari balkoni Penthouse di Legend Resort Cherating.
 Sumpah lawa sangat2 view dari Penthouse ni! SubhanaAllah .

Banyak sangat gambar-gambar best sebab aktiviti yang kami buat semua AWESOME!! Jadi huda akan kongsi di post akan datang yer.
InshaAllah di post akan datang, huda akan kongsikan 15 aktiviti menarik yang huda lakukan bersama rakan blogger KBBA9 sepanjang 3 hari 2 malam di Legend Resort Cherating.
Huda juga ada kongsikan aktiviti-aktiviti best yang kami lakukan di Cherating , jemput follow huda di Instagram dan like gambar-gambar huda di Cherating yer =)

>> https://www.instagram.com/hudahalid/<<

Bukan setakat itu sahaja, huda juga ada dapat 2 produk FREE dari sponsor. nanti huda kongsikan betapa best yer produk-produk yang huda dapat dari sponsor yer.

Kenangan indah yang terukir sepanjang Family Day KBBA9 di Legend Resort Cherating akan huda ingat sampai bila-bila.
Semoga murah rezeki huda dapat join event KBBA9 yang akan datang. InshaAllah.



some_text

Post a Comment

4 Comments

Lynda Che Lah said…
Seronok juga jumpa Huda.. bila lagi nak jumpa tu taktau lah
Huda Halid said…
InshaAllah lynda. next week huda turun KL g event.
Bestnya bilik Seaview
Adam said…
Langkah kanan.