Selamat Pagi Selasa.
Alhamdulillah, rezeki dalam " birthday month" huda dapat capai satu lagi milestone dalam dunia blogging iaitu menjadi ahli dalam kelab blogger Ben Ashaari.
Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) merupakan satu komuniti blogger yang di asaskan oleh Blogger terkenal yang kerap muncul di kaca TV iaitu Ben Ashaari. Kelab ini telah ditubuhkan sejak 2009 lagi.
Kenapa huda nak join sebahagian komuniti KBBA9 ini?
Selama bertahun dalam dunia blogging, huda bergerak solo. Kadang kala memang mood menulis memang ke laut.
Maka dengan menjadi sebahagian dari keluarga KBBA 9 ni, huda dapat support dari ahli-ahli yang lain, dapat ilmu baru dan pengalaman baru dalam dunia blogger.
Huda pun teruja nak join event-event KBBA9 anjurkan atau event kolaborasi antara KBBA9 dengan agensi atau syarikat di Malaysia.
Anda boleh lawati blog rasmi KBBA9 untuk ketahui lebih lanjut aktiviti mereka >> https://kbba9.com/
Bagi huda, menulis di blog, dan berkongsi info di blog bukan sampai di sini...
seperti tagline KBBA 9.... " Bukan Sekadar Blogger!"
Menjadi blogger yang berpengaruh dan dalam masa menyumbang kepada komuniti. Memberi impak positif kepada usahawan dengan membantu mempromosikan produk mereka, serta berkongsi info semasa dan apa jua maklumat yang bermanfaat kepada masyarakat.
huda bukan sekadar blogger berkongsi pengalaman untuk menjadi inspirasi malah ingin menjadi blogger yang memberi manfaat lebih lagi kepada komuniti.
Huda mula tersedar kepentingan "blogger" dalam dunia sekarang sejak huda pergi travel, bila huda sebut huda ni blogger, ekspresi wajah driver GRAB dan UBER teruja, dan makin rancak berborak. Di hotel pula, staff hotel pun teruja dalam memberi layanan terbaik. Begitu juga di restoran.
Menarik bukan menjadi seorang blogger ni.
Semoga perjalanan huda sebagai blogger semakin maju jaya dengan menjadi sebahagian ahli KBBA9 ini dan semoga Allah merahmati dan memberi ilham menulis dengan lebih baik lagi...
Sesungguhnya segala yang baik hanya dari Allah.
Next milestone...... nak lulus Google Adsense!
7 Comments
Kita sama-sama newbie.. Geng la..hehe