Macam-macam impian dan wishlist masih pending..... dan Alhamdulillah, banyak juga nikmat dan impian yang Allah dah makbulkan. Segala perkara yang terjadi Allah yang izinkan. Seandainya ada impian yang masih tertangguh tu, pasti ada hikmah yang Allah telah sediakan untuk kita. Maka bersangka baik setiap masa dengan aturan Allah.
Ok, hari ni,Alhamdulillah, syukur sangat-sangat, huda dah lepas booking flight holiday bulan Julai. Actually holiday bulan Julai ni, huda aturkan sempena birthday encik suami bulan lepas. Memandangkan bulan lepas teramat sibuk dengan sambut Ramadhan dan sambut raya , jalan sakan sana sini.
Ke mana kita cuti bulan Julai ni??
.......................
Entry blog kali ni huda nk kongsi macamana huda boleh jimat berganda dengan AIRASIA.
Tips pertama untuk jimat adalah tempah tiket waktu promosi FINAL CALL - yang kebiasaannya AIR ASIA akan buat setiap awal bulan , tak silap isnin pertama setiap awal bulan. Macam hari ni, Isnin, 3 Julai 2017.
0 Comments