Pengalaman Melawat Zoo Johor

Assalamualaikum. 
Salam Sabtu. Hari ini luangkan masa sekejap update blog kongsi pengalaman huda bawa The Arifs melawat Zoo Johor. 
Alang-alang dah ke Johor Bahru minggu lepas, huda bawa the Arifs melawat Zoo Johor sebab Zoo Johor ni masuk harga murah sangat berbanding Zoo lain di Malaysia. 
"Dibuka pada tahun 1928 oleh Almarhum Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Zoo Johor adalah salah satu zoo tertua di negara ini dan juga di Asia.

Pada asalnya ia dipanggil "taman haiwan", pengurusan zoo bersaiz sederhana ini telah diserahkan kepada kerajaan negeri pada tahun 1960-an.

Luangkan masa anda di zoo unik ini, dan kembali dengan kenangan yang indah dan memuaskan.

Zoo Johor dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Ia agak padat ketika musim cuti umum dan cuti sekolah, adalah lebih baik jika anda mengelak waktu puncak seperti ini jika anda tidak sukakan orang ramai. Bayaran masuk sebanyak RM 2 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak" - Malaysia Travel


Like FB : ZOO Johor

Bahagian depan Zoo Johor


Pintu Masuk.  Lepas masuk ada staff minta posing amik gambar. 
Nanti boleh collect gambar di kaunter ni sebelum balik. Tak silap kena bayar RM30 kot, kami tak beli pun gambar. sebab gambar amik sendiri beratus keping dah ni. hehe


Masuk jer Zoo Johor akan jumpa tasik buatan ini. Boleh main paddle boat, kami tengok jer, tak sempat naik main. Sebab ada sejam jer nk round Zoo Johor.




Bergambar dengan Gajah.  Wajib la ada wefie bersama haiwan bila melawat Zoo Johor.


Puas round zoo anak-anak minta nak naik mainan ni. Layankan jer, RM5 per ride. Comel yer abang Arif Haikal Bonceng si adik. 


Sempat rakam video diorang main. Bukan main seronok The Arifs. Huda pun happy tengok anak-anak happy camni.



Teruskan berjalan tengok burung Enggang


Terjumpa pulak kedai mainan. Maka wajib la the Arifs ni singgah dan pau duit papa beli mainan baru.


Seronok si Adik Arif Hakim dapat beli toys baru.
Senget-senget jalan bawa toys. bawa sekejap jer pastu bagi huda bawa. berat katanya.


First time tengok badak air. 


Badak Berendam. Ini real punya, bukan kuih =p


Tengok Burung kasawari. Rasanya first time gak ni tengok. masa pergi Zoo Negara adik Arif hakim masih baby, dalam stroller lagi, tidur jer.


Buaya!! Besar sangat. Gerak sikit-sikit jer dia.




Arif stop sekejap, baca sampai habis baru nak ikut papa. haish si Abg Arif Haikal ni sejak pandai baca memang semua benda dia nak baca.


Ostrish ni agak liar. takut tengok. Ni ramai-ramai beratur nak bagi dia makan.



Di padang yang luas ni ada binatang apa ntah, macam pelanduk ke kancil ke rusa kot. hehe




Tengok pelbagai jenis burung dalam sangkar yang besar.







Wefie yang tak berapa menjadi. The Arifs yang tak beri kerjasama.


Nasib halfway ada playground. boleh la distract The Arifs sekejap main sini 1 round.


Kemudian melawat Kandang Singa. Ada Sepasang singa betina dan singa jantan.





Adik Arif Hakim penat berjalan,minta mama dukung belakang... layankan jer la si kecik ni punya perangai..


Next tengok harimau. 



ada juga kedai makan disebalik pokok. Redup dan tenang jer suasana. 


First time tengok unta.



Tengok ada budak bagi unta makan.


Overall, memang best jalan-jalan Zoo Johor dengan The Arifs. huda pun timba pengalaman baru antaranya bagi gajah makan.

Ini mainan The Arifs beli tadi. 
Sambung main dalam UBER. Time ni rushing dah nak  pergi airport. UBER sampai lambat 20 minit dari plan asal. Mujur selamat sampai airport sebelum pukul 1 petang

Review huda tentang Zoo Johor ni, berbaloi sangat dengan harga tiket dapat round  Zoo Johor yang  luasnya 13.5 EKAR. Lokasi yang strategik hanya 1 km dari pusat bandar Johor Bahru, menghadap ke Selat Tebrau dan juga bersebelahan dengan Masjid Sultan Abu Bakar. 

Rasanya trip ke Zoo bersama The Arifs kali ini lebih best, sebab 3 tahun lepas pergi Zoo Negara, Arif umur 2 tahun, si adik pulak masih baby, tak reti apa lagi. Kali ini The Arifs dah besar sikit dah kenal banyak binatang, jadi rasa lebih enjoy. 

InshaAllah murah rezeki dan ada kelapangan lagi huda bawa The Arifs lawat Zoo di negeri lain pula. Time diorang kecil lagi ni la nak bawa pergi Zoo, nanti dah besar tak minat dah kot nak pergi Zoo. 

Setiap kali pergi Zoo, huda mesti teringat zaman kana-kanak, mak abah bawa huda dan adik beradik pergi Zoo Melaka. Quality family time together. 

Semoga the Arifs pun ingat memori melawat Zoo bila besar kelak.

"The bond that links your true family is not one of blood, 
but of respect and joy in each other's life."


some_text

Post a Comment

1 Comments

Shai Ryan said…
Boleh g next time zoo ni. Hari tu melawat johor terlepas pandang pula :D