KUIH NEKBAT - Moreh Kegemaran di Terengganu

Assalamualaikum. 
Hari ini solat terawih dirumah dan siap awal. Ada masa free sementara tunggu cerita hero seorang cinderalla, update blog sekajap.  Terus datang idea nk kongsi pasal NEKBAT- Moreh kegemaran di Terengganu.
KUIH NEKBAT??

Jika anda bukan orang terengganu pasti korang tak tahu kan?
Masa mula-mula kahwin dengan orang terengganu ni, banyak makanan unik yang huda baru tahu. Salah satu yer adalah NEKBAT yang merupakan moreh kegemaran di terengganu terutama di rumah mertua huda. Setiap hari pasti ada nekbat ni.
Ok bagi yang tak tahu apa itu nekbat, meh huda kongsi sikit.
" Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk dihidangkan. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur."
- Wikipedia

Huda petik dari wikipedia tentang definisi apa itu kuih NEKBAT.
Ini pula gambar yang huda baru ambil di dapur. 
Rasanya yang manis menjadikan kuih nekbat hidangan moreh kegemaran bagi orang terengganu. Huda pun dah terjebak juga minat kuih nekbat ni sebab dah mastautin di Terengganu hampir 4 tahun. 
Kuih orang terengganu dah pandai makan, cakap terengganu jer masih terkial-kial. 
Kalau ada yang teringin nak buat sendiri boleh klik di bawah
>> RESEPI KUIH NEKBAT <<
Sekian sharing huda malam ni. Nak layan cerita sambil makan nekbat depan TV. 
Jumpa lain di post akan datang. Selamat berpuasa dan beribadah di malam Jumaat =)

some_text

Post a Comment

0 Comments