Resepi Chicken Mushroom Prego Terbaru!

Assalamualaikum, hari ini huda nak kongsi produk Prego yang huda cuba iaitu Chicken Mushroom


Huda ikut resepi belakang tin prego terbaru ni - Chicken Mushroom ni masak dengan pasta jenis spiral. 

Alang-alang MYDIN tengah buat promosi Pasta Prego ni RM2.99 jer murah kan?
Sos Prego terbaru ni pula berharga RM4.40 di MYDIN

Harga yang boleh dikatakan murah la kan untuk nikmati pasta sendiri dirumah. Kalo makan kat luar jangan harap la dapat makan pasta below RM10.

Di bawah huda kongsikan resepi yang huda rujuk belakang tin prego baru ni dan olah ikut kreativiti sendiri. 

Resepi Chicken Mushroom Versi #hudacooking

1) Rebus separuh spiral prego di dalam air mendidih selama 10-15 minit. Perasakan sedikit garam untuk jadikan pasta lebih sedap.
2) Sementara menunggu pasta spiral masak, potong dada ayam jadi kiub kecil ( terpulang nk byk mana)
3) Kemudian perap sebentar dengan black pepper dan 2 ulas bawang putih yang di tumbuk.
4) Selepas perap ayam dalam 15 minit, panaskan 2 sudu olive oil dan masukkan ayam tadi
5) Goreng sebentar kemudian masukkan Sos Prego Chicken Mushroom dan 1 cawan air.
6) Biarkan mendidih sebentar.
7) Sedia dihidang bersama pasta spiral!

Mudah kan?


Review dari huda tentang Sos Prego Chicken Mushroom

- Harga : Standard harga Sos Prego yang lain
Cara Penyediaan : Mudah dan Cepat
Rasa : SEDAP. Satu family huda suke. memang lepas ni wajib beli lagi buat stok di rumah.

Sekian review huda kali ini.

Nak huda buat review tentang produk anda?
Boleh emelkan ke mamarif2012@gmail.com



Post a Comment

0 Comments