Survey2 di traveloka ( apps favourite huda sebab selalu bagi hotel harga jimat!) nak stay di mana untuk weekend getaway dengan family bulan Mac ni. Akhir yer pilih Hotel Seri Malaysia Marang.
Sampai-sampai jer hotel, cek in dan request nak bilik dekat dengan swimming pool.
Reka bentuk hotel ni agak "rare". bilik kami paling dekat dengan pool, tapi sebenar .....
kena jalan lorong ni untk sampai ke pool. kena lintas jalan lagi untuk sampai ke pool.
Sape la design camni, bagi huda tak friendly especially bila bawa anak-anak kan..
Lokasi dinner kami hari ni adalah Kelulut. Jarak perjalanan dari Hotel Seri Malaysia Marang ni dalam 15 minit.
Seronok la makan tepi pantai, bayu laut sungguh mendamaikan. aduhai teringat plak masa honeymoon kat Penang, lepak makan pasembor tepi pantai.
Special yer kedai makan kat kelulut ni decoration kedai yer fancy sangat, macam celebrate birthday pun ada. hehe
Lepas dinner kami g solat maghrib kat Masjid Bandar Marang. Masjid ni pun dekat jer dengan hotel. Setiap kali travel, huda suka bawa arif singgah masjid untuk solat, semoga bila Arif besar, arif ingat setiap kali pergi mana-mana, pergi masjid bila masuk waktu solat.
Masjid ni punya pintu gate, menghadap KFC. Nasib anak2 dah kenyang kalo tak mesti ajak makan KFC.
Balik bilik, movie time. Layan cerita yang huda dah download awal2. Cerita " Kubo dan 2 String"
Best gak citer ni.
Keesokannya, sebelum subuh kejut anak-anak pergi masjid. Kita solat jemaah subuh di Masjid di pagi Jumaat. best dan seronok sangat bila Allah izinkan kita sedar dari tidur untuk beribadat.
Lepas solat, balik hotel sekejap tukar baju dan terus pergi pantai hadapan Hotel Seri Malaysia Marang.
Kami pergi Pulau Kekabu. Nama jer pulau, tapi bukan macam pulau pun, hehe. kena lalu jambatan ni utk ke Pulau Kekabu.
Kredit gambar >> Bestari Terengganu.
Lupa hari tu nak snap picture jambatan ni.
Alhamdulillah, dapat nikmati keindahan sunrise di Pagi Jumaat bersama kesayangan huda.
Itu sahaja coretan percutian 2 hari 1 malam di Hotel Seri Malaysia Marang.
Tempat baru kami pergi untuk trip kali ni adalah Masjid Bandar Marang dan Pulau Kekabu.
Looking forward to discover new places all over Beautiful Terengganu =)
Quotes for today
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.”
Tak kisah jauh atau dekat kita travel, kongsikan memori indah yang tercipta, kerana ia mungkin memberi inspirasi kepada orang lain. =)
================================
Nak huda tulis review tentang hotel anda?
Boleh emel ke mamarif0212@gmail.com
0 Comments