5th Anniversary Holiday

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Syukur Allah murahkan rezeki tahun ini dapat kami buat macam-macam sempena Anniversary ke 5.
Plan nak pergi holiday ni pun buat 2 minggu sebelum.

Survey macam-macam hotel,  dan macam-macam lokasi yang romantik. 

Berangan nak stay kat hotel yang boleh tengok sunset dan menghadap laut.

Akhirnya Lexis Port Dickson menjadi destinasi 5th Anniversary holiday kami kali ini.

Huda pilih Tower Sea view.  Dari bilik nampak Laut Selat Melaka dan boleh nampak sunset yang sangat cantik.

Review hotel Lexis Port Dickson ini memang overall terbaik 5 Bintang huda bagi.

Memang padan dengan harganya kan. Hehe,  tapi rezeki huda dan keluarga, bayar 60% jer dari harga asal. Memang berbaloi-baloi.

Terima kasih TRAVELOKA! Huda suka sangat dengan apps traveloka ni, boleh bercuti dengan harga hotel yang murah! Nak tahu lebih lanjut? KLIK DISINI

Jom cuci mata tengok bilik hotel Lexis Port Dickson ni.



Uniknya hotel ini, masuk jer pintu bilik, terus ke bilik mandi. Masuk jer nampak bath tub besar.  Muat kami 4 orang anak beranak masuk dalam ni.

Katil queen ada dua.  Memang selesa sangat kami tidur dan rehat sambil layan lagu romantik yang di pasang di TV.



Pemandangan dari beranda memang mengasyikkan.  Huda memang sangat suka laut dan matahari











Paling Happy mesti lah anak-anak.
Lepas mandi pool,  berendam dalam bath tub lagi.



Balik swimming jalan-jalan tengok persekitaran di water chalet. 
Nasib tak tempah area sini, jauh yer nak menapak. Layan view jer ok la.




Balik bilik kami di tingkat 8.

Cantik sangat view dari atas ni.













Masuk bilik, sambung berendam




Ini sunset dari balkoni bilik kitorang. Masa ni dalam pukul 6 lebih.



Lepas puas mandi dan berendam kat bath tub, layan sunset sambil day dreaming.


Family Photo.
berlatar belakang sunset =)



ok layan hot coffee plak.
bagus la sediakan mug instead of cawan yang biasa kat cafe hotel tu.
Siap ada brown sugar dan pal sweet. Healthy sangat kan?



Layan view lepas subuh. 
Lokasi Lexis di pantai barat, so dapat tengok sunset jer semalam, pagi hari kita tengok laut dan lampu-lampu jer la


Sambil baca buku. 
Holiday pun still manfaatkan masa membaca tau.
Semoga anak-anak mama nanti pun rajin membaca macam mama =)



Duduk 2 hari 1 malam,  rasa tak puas jer kan.
Arif la, hafal nombor bilik 808 sampai few days asyik ajak g hotel number 808.


InshaAllah, ada rezeki lebih lagi kita holiday lagi yer .
Last but not least,  holiday kali ini sangat istimewa. Semuanya sempurna.  Alhamdulillah,  Allah beri peluang rasai nikmat kami bercuti dan rasai nikmat bahagia ini. InshaAllah bahagia ini akan kami jaga hingga akhir hayat.

Sekian sesi throwback 5th Anniversary tahun 2016.


Post a Comment

0 Comments