Muhasabah Diri - Share Vs Menunjuk

Bismillahirrahman nirrahim. Dengan Nama Allah yang SATU, yang Maha berkuasa atas segalanya.

Hari ni, Allah hadiahkan kita pelbagai nikmat. 
Salah ke kita SHARE nikmat yang kita ada di laman sosial?
Betul ke kalau niat kita bukan nak menunjuk, tapi nak bagi inspirasi pada orang lain??

Huda nak kongsi kata-kata Dato' Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah : 
"BETAPA ZAMAN TELAH BERUBAH:

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan, Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.

Tapi kini tanpa kita sedari, melalui fb dan laman-laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar 'share'. Beli barang baru, upload gambar. Sebelum makan, upload gambar. Perah susu banyak-banyak, upload gambar. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank.
Anak dapat result exam bagus, upload result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli. Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload, mungkin dah beberapa hari tak makan. Ada yang tengok gambar slip gaji kita, ada di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja. Ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada di kalangan mereka dikurniakan anak yang lembam. Ada yang tengok gambar susu perahan kita, mungkin ada di kalangan mereka ibu-ibu yang badannya tidak banyak mengeluarkan susu dan begitulah seterusnya.
MAKA :
"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"..
Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia. Yang lepas itu biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha kearah kebaikan.
Jadikan group ini medan perkongsian ilmu..

Jadikan group ini medan tazkirah..
Jadikan group ini medan maklumat..
Jadikan group ini medan yang boleh memajukan ummah..

Kerana bila kita meninggal nanti, ilmu yang kita sampaikan itulah yang bermanfaat untuk kita, bukan apa yang kita ada yang kita tunjuk-tunjukkan itu.
Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat nanti."

Huda sebenarnya dah tawar hati nak kongsi cerita best2 ke pada orang lain. Pernah kena tegur, nak menunjuk, pernah kena tegur, "tak jakun pun dengar" dan macam-macam ayat lagi. 

Memang jauh sekali niat nak menunjuk, namun adakah orang lain dapat baca hati kita? Mereka hanya tahu melabel kita menunjuk-menunjuk. Thats it! 

So, sosial media huda memang akan senyap jer. baik Fb ke instagram ke apa sahaja. Jadi silent reader jer. 

Huda nak amalkan hidup merendah diri, serba sederhana. 

Tak perlu nak bangga walau ada apa-apa sekali pun, sebab Allah bagi pinjam sekejap jer, dan Allah nak uji iman kita. 

Adakah kita bersyukur atau sebaliknya.

Semua terpulang pada kita. 

Huda menjadi semakin sensitif untuk post gambar anak2 di laman sosial. Huda teringat arwah anak saudara yang sebaya dengan anak huda. 

Bagaimana perasaan si ibu bila tengok laman sosial huda kalau ada gambar anak huda yang terbaru. 
Huda sendiri rasa sedih. apatah lagi perasaan si ibu. 

So huda memang abadikan gambar-gambar anak-anak dengan print dan buat photobook, bukannya di laman sosial. 

Laman sosial anda, hak anda. Tapi......renungkan kata-kata mutiara yang Dr Fadzilah kongsikan di atas. 

Jika kita sebagai ibu ajar anak-anak kita menunjuk-nunjuk, bagaimana perangai mereka bila besar kelak. 

Pilihan di tangan anda =)



Sekian coretan huda hari ini.

Post a Comment

0 Comments