Tema Baju Raya - Pastel Green

Al-kisah semalam, beli kain net kat kedai barang pengantin betul-betul sebelah Jakel Kuala Terengganu. Lepas beli kain net, teruja plak tengok bunting promosi Jakel, apa lagi masuk lah kejap.


Masuk jer Jakel, banyak promosi penghabisan stok baju raya tahun lepas. Baju raya Aaron Aziz jadi murah sangat tak silap RM89.90 jer sepasang. Baju kurung fesyen-fesyen pun murah jer, tapi tak sempat pun tengok. Si Arif dah ajak naik atas. 

Maka naik la atas. Tetiba kenan sangat dengan warna pastel green yang patung pakai. Soft jer tengok sepasang. Jalan lagi sikit, jumpa segulung kain pastel green yang tengah promosi. Material kain pon sedap pakai, harga 70% off.

Saja try tanya en.suami, nak tak beli kain ni, buat baju raya kita berempat. En.suami pun kata cantik, boleh la. Maka beli la 10 meter kain pastel green. Alhamdulillah, ngam2 jer 10 meter, habis segulung kain dull satin pastel green ni.

Kaler pastel green lebih kurang macam ni.



Berangan nak belajar jahit dan buat sendiri baju anak-anak dan suami. 6 bulan lagi nak raya, hope sempat la. InshaAllah.

Lega rasa lepas dah fikir kaler apa baju raya tahun ni, dan tercapai nak buat tema kaler pastel tahun ni. Tapi selagi 4 pasang baju raya ni tak siap lagi, tak la lega sangat pun, hehe.

Doakan huda berjaya siapkan baju melayu 3 pasang dan 1 pasang baju kurung untuk kami berempat sebelum raya nanti. Semangat kan nak raya? hehe. Apa salah yer kan, sementara harga murah dan jumpa warna berkenan, rembat jer la dulu, Dah tick satu checklist baju raya pertama, tinggal nak shopping baju anak-anak kat sogo jer la bulan-bulan depan. =)

Alhamdulilah, syukur rezeki Allah untuk kami =)

Post a Comment

1 Comments

Murni said…
Baju yang bertema warna hijau memang boleh diperbuat dengan pelbagai reka bentuk dan corak untuk dijadikan sebagai baju hari raya.