Terlalu Rindu!!

Terlalu rindu untuk menulis di blog kesayangan ini. Huda sibuk sangat siapkan blog bisnes, sampai takde masa untuk menulis di ceritahuda.com. Huda juga terlalu rindu dengan rumah sendiri, setelah hampir 2 minggu bermusafir ke utara selatan, uruskan hal keluarga dan ikut suami outstation. 
Hari ini nak lepaskan rindu dengan berkongsi tentang tempat best di belakang rumah huda!
Apa yang best belakang rumah huda ni?
Actually takde la belakang sangat, kena drive 3 minit untuk sampai ke port huda dan keluarga lepak petang-petang iaitu Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu.
Jom kita layan gambar family huda spend quality time =)
Best mandi manda di Pantai Tok Jembal ni.
Selain mandi tepi pantai, huda pun suka makan petang di sini. Macam-macam ada, contohnya mee kari, laksa, ikan celup tepung dan kuih-kuih, pekena dengan air kelapa atau ABC. Memang syok habis sambil layan angin laut yang mengasyikkan!
Owh, terlalu rindu plak rasa nak balik teganu. Kena settlekan beberapa kerja di KL sebelum balik hujung minggu nanti. Balik nanti wajib lepaskan rindu di Pantai Tok Jembal ni =)
Coretan hati dari Kampung Tengah, Muar Johor. 3.22pm =)
some_text

Post a Comment

0 Comments