
MONEY CHANGER' TERBAIK UNTUK TUKAR RINGGIT PADA NILAI TINGGI
Kawan ustaz : " Duit ringgit sedang teruk nilainya ustaz... nak tukar dolar pun susah sekarang ni. Ada money changer tak terima ringgit"
Rungut seorang rakan ustaz yang hendak tukarkan duitnya kerana nak pergi melancong.
Ustaz Ashraff pun menjawab.
Ustaz Ashraff : " tapi tak semestinya nilai ringgit jatuh, kita tiada cara untuk naikkannya"
Kawan ustaz pun terkejut dengan kata-kata ustaz Ashraff.
Kawan ustaz : "Ha? Ada cara ke nak naikkan nilai ringgit yg teruk sekarang ni? Tukar di pasaran gelap ke?"
Dengan bersahaja, Ustaz Ashraff pun menjawab persoalan kawannya tadi.
Ustaz Ashraff : "Taklah. tukar je di pasaran yang terang sangat. Namanya 'masjid changer'. Pi derma 10 ringgit di masjid. Ikut faham kita di dunia, nilai ringgit turun, tapi kalau dermakan, nilainya melambung tinggi di akhirat..."
Kawan ustaz pun tersenyum dengar kata-kata Ustaz Ashraff tadi.
Anda pula bagaimana? Tersenyum tak baca kisah ini.
Nasihat huda, kita tak perlu la kalut dan serabut dengan nilai matawang dunia yang sementara ini. Duit kita tiada nilai di sisi Allah melainkan kita manfaatkan duit yang kita ada ke Jalan Allah dengan ZAKAT INFAQ SEDEKAH.
Inilah sahaja cara paling berkesan utk 'naikkan' matawang kita. Nanti hari kiamat boleh guna utk 'shopping' ya!
Sekian coretan ceritahuda hari ini. Jom kita sama-sama sedekah, semampu kita, setiap hari, memberi tanpa syarat, bukan pujian kita mahu, cukuplah Redha Allah mengiringi kehidupan kita di dunia yang fana ini.

0 Comments