Percutian di Pandan Laut Beach Resort

Alhamdulillah.  Kami selamat check in di resort lewat petang semalam.  Jom kongsi aktiviti huda di sini.

Sampai resort dalam pukul 6.30 petang. Perut dah lapar, terus keluarkan makanan picnic yang kononnya nak makan tepi pantai. Tapi sebab dah lewat makan depan chalet jer la.

                                 

Inilah Chalet kami. 

Huda masak spagetti. First time buat kuah spagetti sendiri dengan guna bahan utama tomato puri homemade yang huda buat. >> RESEPI TOMATO PURI <<



Pihak resort dah inform awal-awal, di sini banyak nyamuk bila waktu malam. Maka sepanjang malam kami hanya rehat di bilik, tonton movie di channel HBO.



Seawal 6.50 pagi huda dah keluar dari bilik dan terus berjalan kaki menuju ke pantai. 
Misi melihat sunrise bersama suami dan anak anak tercapai pagi ini.

             

Sunrise at the beach always be my favourite. 


Arif Haikal seronok berjogging tepi pantai.


Baby Arif Hakim seronok belajar bertatih tepi pantai



.Lepas main tepi pantai pagi ini.  
Perut pun lapar.  Huda sarapan Nasi kerabu pagi ini.



Lepas isi perut, Anak anak berehat dan recharge bateri untuk bermain petang nanti. Baby Hakim sahaja yang tidur, Arif Haikal tak tidur langsung, excited nak main dan asyik ajak pergi beach lagi. 

Sementara tunggu waktu asar, huda bawa anak-anak jalan sekitar resort.





Aktiviti petang pula bawa the Arifs main playground dan main pasir. 









Seronok bila tengok anak-anak seronok. Alhamdulillah, Allah mudahkan plan kami bercuti sambil bekerja di sini. Insha Allah bulan hadapan akan datang ke Setiu lagi, mungkin huda akan cuba resort yang lain pula. 

Sekian coretan ceritahuda hari ini. Terima kasih Allah mudahkan segala urusan kami dan lapangkan rezeki kami sepanjang kami bercuti. 







Post a Comment

0 Comments